NAJIB SAHKAN ROMBAKAN KABINET HANYA KHABAR ANGIN


Ketika ini Dewan Rakyat sedang bersidang dan tercetus khabar angin yang menyatakan berlakunya rombakan Kabinet besar-besaran.

Begitupun, ketika ditanya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan dengan isu rombakan kabinet itu jawapannya, beliau tidak mengetahui hal tersebut.

"Saya tidak tahu," katanya ketika ditanya wartawan Malaysia di sini, mengenai laporan sebuah akhbar harian mengenai kemungkinan rombakan Kabinet dilakukan pada Jumaat.

Sebelum ini, akhbar nasional berbahasa Inggeris The Malay Mail, yang memetik sumber berkata Najib sedang menimbangkan rombakan besar dalam barisan pentadbirannya bukan hanya untuk membawa masuk Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong sahaja.
   
Barisan kabinet baharu itu dilaporkan mungkin diumumkan seawal Jumaat ini dan selewat-lewatnya selepas Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 28 Julai. 

Namun, dalam seminggu ini heboh diperkatakan mengenai rombakan Kabinet dengan beberapa portfolio penting menjadi sasaran antaranya Menteri Pertahanan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Malah, desas-desus Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dikhabarkan akan dilantik ke dalam kabinet baharu itu atas lantikan Senator.

Juga, Datuk Hajjah Rohani Karim yang kini memegang jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga turut terlibat dalam khabar angin rombakan kabinet.

Malah, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato' Sri Hasan bin Malek yang disifatkan ramai pihak sebagai kurang berfungsi berhubung dengan kenaikan harga barang juga terlibat sama dalam rombakan kabinet ini.

Biarpun khabar angin itu dinafikan Perdana Menteri namun beberapa menteri yang berkaitan kelihatan resah dan gelisah jika benar akan berlakunya rombakan kabinet.


Yang pasti Ahli Parlimen Teluk Intan yang juga Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang dijanjikan jawatan dalam kabinet seperti mana yang telah dimaklumkan Pengerusi BN semasa kempen PRK Teluk Intan.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
June 11, 2014 at 12:23 PM

Tukar ke, tak tukar ke. Serupa je. Macam tukar kangkung yang segar ganti kangkung yang layu.

Cakap pandai tapi MASALAH agama, sosial, racist .... terbiar.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger