MANIKAVASAGAM MASIH TETAP PERCAYA PEMILIHAN PKR 2014 MASIH DICEMARI POLITIK WANG


Biarpun pernah digantung keahlian PKR sebelum ini sebelum ditarik balik pada awal Jun lalu, calon Ketua Cabang Kuala Selangor masih percaya politik wang masih berlangsung dalam PKR semasa Pemilihan PKR 2014.

Terbaru, Manikavasagam yang merupakan calon ketua cabang yang berhadapan dengan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim dalam Pemilihan PKR 2014 bagi Cabang Kuala Selangor telah bertikam lidah dengan seorang individu dipercayai penyokong kem Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim.

Ketika proses pemilihan berlangsung kira-kira pukul 1.35 petang ini, calon ketua cabang berkenaan, S.Manikavasagam difahamkan menegur tindakan individu berkenaan yang didakwa cuba berkempen di pintu masuk pusat pendaftaran undi di perkarangan Stadium Tertutup Kuala Selangor.

Bagaimanapun, teguran Manivasagam itu dibalas oleh individu terbabit sehingga tercetus perang mulut sehingga terpaksa dileraikan oleh para penyokong serta anggota jawatankuasa pemilihan parti.


Manikavasagam ketika ditanya mengenai kejadian tersebut menyifatkan ia cuma salah faham yang dikatakan berpunca daripada orang luar yang cuba berkempen.

"Tidak ada (gaduh), cuma salah salah faham sikit-sikit sahaja. Ada orang tukar-tukar chai (risalah nombor calon)...orang luar. Saya akan buat aduan kepada PKR Pusat," katanya ketika ditemui pemberita selepas proses mengundi kira-kira pukul 3.20 petang ini.

Sebelum itu, Manikavasagam enggan memberikan ulasan mengenai kejadian tersebut atas alasan tidak mahu dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Disiplin PKR memandangkan beliau pada 15 Mei lalu pernah digantung keahlian sebelum ditarik balik oleh jawatankuasa berkenaan pada 11 Jun lalu.

Tindakan ke atas Manikavasagam dibuat susulan kenyataan bekas Ahli Parlimen Kapar itu menerusi media yang mendakwa pencabarnya, Abdul Khalid terbabit dalam politik wang dalam pemilihan pertama PKR Cabang Kuala Selangor pada 11 Mei lalu.

Bagaimanapun, Manikavasagam masih berpegang kepada kenyataannya sebelum ini yang mendakwa masih wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam Pemilihan PKR 2014.

Ini susulan daripada terdapat satu acara keramaian diadakan di Kolej Inpens bagi menjamu ahli-ahli parti sebelum mereka dibawa ke tempat mengundi di Stadium Tertutup Kuala Selangor.

"Dari awal saya dah cakap saya bantah rasuah, tapi hari ini saya kecewa kerana masih ada lagi berlaku rasuah tetapi apa pun saya akan laporkan kepada biro politik dan kita akan serah kepada JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat) atau jawatankuasa disiplin parti," kata Manikavasagam.


Jelas bahawa biarpun sebelum ini beliau pernah digantung keahlian tetapi disebabkan beliau berada di pihak yang benar dan mempunyai bukti akan penglibatan mereka dalam politik wang maka beliau tetap berpendirian politik wang dalam PKR masih berlangsung.
Share this article :
 

+ comments + 8 comments

Anonymous
June 23, 2014 at 11:47 AM

PKR telah memaklumkan kekacauan akibat sabotaj dan tindakan manusia yg dengki dengan Pakatan. Tak perlu tahu lebih detail dan senang je nak faham.

Kekacauan pelik2 kalau timbul dalam Pakatan yg nak keadilan tentu bukan cerita sebenar.

Kekacauan kalau timbul dalam bee end yg sah korup, cerita benarlah tu.

Apa cerita pun, Pakatan makin ke hadapan berbanding bee end yg semakin bercelaru.

Lihat sahaja..menteri perrmata sendiripun terpaksa mengeluarkan kenyataan nak cover bee end.

Anonymous
June 23, 2014 at 12:14 PM

Betul tu. Apa cerita pun Pakatan makin kehadapan:
* kekecohan
*politik wang
*pergaduhan
*penipuan
*ketua umum pakar kelentong
*presiden yang ditolak 10usul keDUN
*tuduh orang lain kesalahan sendiri
*ahli taksub buta tuli
*pakar fitnah
*penipu besar

macam-macam lagilahkan Pakatan ni...Champion Champion

Anonymous
June 23, 2014 at 12:58 PM

Be end pula makin kehadapan dalam:

Harga barang naik
Penindasan kaum Melayu Pakatan
Bergaduh dengan Bangsa Lain
Penipuan GST utk cover gaji pegawai
Pengrusan keselamatan sistem penerbangan yg lemah.
Sukan negara meningkat dr segi kelemahannya.
Projek rugi juta2 tiada manusia terlibat.
Rasuah amat teruk
Masalah sosial seluruh negara
Jadi anatara pusat penyeludupan dan dadah
Antara pusat judi terbaik dunia
Penculikan di sempadan
PATI
Undang2 tak sama di Semenanjung dan Sabah Sarawak
Rakyat semakin miskin dalam kekayaan hutang.
Pemimpin suka merajuk menangis

Jauh lebih teruk dr Pakatan yg tiada kuasa memerintah kerajaan pusat. Jadi undilah Pakatan.


Anonymous
June 23, 2014 at 3:51 PM

Tengoklah tu, tak habis-habis tuding jari kat orang lain ajer.......

Anonymous
June 23, 2014 at 7:38 PM

Kalau tak tunding jari. Lagi joli sakanlah pemimpin bee end dengan harta rakyat.

Tahun pertama-
Pemerintah: "Kami dengan rendah diri mengumumkan projek kita rugi 10 juta"

Rakyat: "Emmm nak buat camna, takdir dah kot".

Tahun kedua-
Pemerintah: "Kami dengan rendah diri mengumumkan projek kita rugi 20 juta"

Rakyat: "Emmm nak buat camna, takdir dah kot".

50 tahun akan lalu dan akan datang....... seperti kehendak anon 3.51



Anonymous
June 23, 2014 at 8:41 PM

Dah bertahun pemilihan parti sendiri tak terurus masih nak tuding jari kat BN. Tegur-tegurkanlah pemimpin Pakatan kan lebih baik.

Anonymous
June 24, 2014 at 7:15 AM

Kalau dah lahir dari perasaan benci dan ketidakpuasan hati, macam ni lah jadinya. Pejuangan Keadilan yang jauh terpesong. Saya lebih tenang selepas keluar PKR tanpa ragu-ragu.... perjuangan tetap diteruskan for Better Nation.

September 23, 2014 at 6:40 AM

Sebaik2nya semua ahli pkr masuk UMNO balik sudah.Sia2 je perjuangkan sesuatu untuk bela orang bukan Islam nanti menyesal tak sudah.Perjuangkan balik hak orang melayu islam agar anak cucu cicit melayu Islam tak merana kemudian hari.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger