MAK LAMPIR PESAN KAT DATUK MAH SUPAYA TUNAI JANJI PRK TELUK INTAN


Suasana PRK Teluk Intan telah berakhir dan kini sudah tiba masanya calon yang menang akan berkhidmat untuk rakyat dan calon yang kalah bermuhasabah diri.

Sejurus mengetahui kemenangan memihak kepada Datuk Mah Siew Keong, calon BN bersama dengan Pengerusi BN Perak telah mengadakan sidang akhbar bagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Teluk Intan yang telah memberikan kepercayaan kepadanya bagi memberikan perkhidmatan sebagai Ahli Parlimen Teluk Intan.

Tidak cukup dengan itu Datuk Mah telah menemui rakyat Teluk Intan pada awal pagi Ahad bagi mengucapkan terima kasih dan bertemu rakyat atas kemenangan yang telah diduga lebih awal lagi.

Namun, bagi Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang memberikan kenyataan media bagi mengulas kemenangan Datuk Mah dalam PRK Teluk Intan berpandangan kemenagan BN kali ini dibantu undi pos.

Menurut Zuraida, ini ada kena mengena dengan amaran Zahid (Datuk Seri Zahid Hamidi) bahawa kerajaan tahu siapa mengundi untuk siapa.

“Undian pos sebanyak 238 dan jumlah keseluruhan undian yang tidak selaras telah menimbulkan persoalan sama ada kemenangan Mah ini sebenarnya dapat dipertahankan,” katanya dalam kenyataan itu.

Kini, Pakatan Pembangkang akan memantau segala macam janji-janji BN seperti mana yang telah dijanjikan dalam manifesto calon BN.

Terdahulu, Datuk Mah telah bercakap mengenai manifestonya yang akan ditunaikan dirinya dalam tempoh 3 tahun ini sebelum PRU-14.

Apa yang pasti segala macam manifesto pilihan raya akan ditunaikan dan ini pastinya memerlukan kerjasama pemimpin BN dalam merealisasikannya.

Dalam kenyataan itu, Zuraida menggesa agar Datuk Mah ‘tidak menipu penduduk Teluk Intan’ selepas menjanjikan perubahan serta pembangunan semasa berkempen.

“Jalankan kerja anda dan tunaikan semua janji-janji yang dibuat atau orang ramai akan membuat pilihan lain pada pilihan raya umum selepas ini.

Kini kita hanya perlu tunggu dan lihat sama ada janji-janji itu akan ditepati atau hanya menjadi janji kosong,” tambahnya.

Seperti mana yang diumumkan Zuraida, Ketua Wanita PKR itu tidak perlu menasihati Datuk Mah yang merupakan orang politik yang lebih dahulu berbanding Zuraida sebaliknya Zuraida diminta menjaga kawasan Parlimen Ampang yang kini mengalami kerencatan pembangunan disebabkan wakil rakyatnya yang sibuk berpolitik berbanding menjaga kebajikan dan membawa pembangunan.

Juga, isu air dan kecurian pasir serta peningkatan rumah-rumah urut di kawasan Ampang dan Selangor kini sangat membimbangkan dan tiada usaha untuk Ketua Wanita PKR itu menasihati Menteri Besar Selangor untuk menyelesaikannya.

Akibat terlalu banyak berpolitik, Zuraida kini semakin dipinggirkan oleh rakyat Ampang yang ternyata kecewa dengan perkhdimatan yang diberikan sepanjang hampir 2penggal sebagai wakil rakyat.

Dalam pada itu, Zuraida turut memberi semangat kepada calon DAP Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud bahawa ini hanyalah permulaan kepada kerjayanya dan Datuk Mah ‘kemungkinan besar hanya akan menjadi Ahli Parlimen tansit untuk PRU-14’.

Begitupun, itu hanya persepsi Zuraida yang kini dilihat masih kecewa ekoran kekalahan calon wanita, Dyana Sofya yang mewakili DAP.

Presiden Gerakan, Datuk Mah memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan dengan jumlah undian sebanyak 20,157, mengalahkan Dyana dengan majoriti 238 undi, sekaligus berjaya menawan semula kerusi yang dimenangi DAP pada 2008 dan PRU-13. Dyana memperolehi 19,919 undi.

Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
June 3, 2014 at 4:20 PM

Saya nasihatkan kepada pihak DAP + PKR + PAS tak usah nak memantau Manifesto BN tetapi check dulu Manifesto pihak pembangkang.....apa yang you all dah tunaikan kepada rakyat terutama kepada orang2 Melayu di Pulau Pinang???
Setakat ni apa yang DAP dah lakukan hanyalah mendiskriminasikan orang2 Melayu/Islam dalam semua aspek di Pulau Pinang.
PAS + PKR berhenti lah daripada menjadi BARUA DAP.....you all tak ada hak bersuara di PP.....termasuk dalam hal ehwal ugama sekali pun.
Kalau you all tak ada MARUAH sebagai ahli PAS + PKR at least ada MARUAH sebagai orang MELAYU!!!

kah kah kah kiok
June 3, 2014 at 5:04 PM

mak lampir ni patut cerminkan dirinya di bontot kuali.. jaga parti sendiri sebelum nak jaga hal org lain.. pakatan haram sendiri pun caca marba, penuh kurap & korup.. please make- up sikit wajah tu sebelum ada org sakit jantung terkejut mati.. kah kah kah kiok!

Anonymous
June 3, 2014 at 5:19 PM

Melayu Pakatan takda masalah kat Penang. Yang ada masalah geng Melayu bee end yang tak bleh cari makan. Masjid dapat peruntukan kerajaan negeri. Selalu penuh dengan ceramah agama dan tajuk ceramah pun pelbagai.

Pakatan yang masih baru di Selangor masih utuh walaupun tekanan bertimpa2. Macam di Kedah dulu, isu Kuin keluar tiap hari, tapi sampai sekarang tak settle. Skarang pun orang Kedah baru sedar balik MB baru tu sama je dengan MB bee end yang lain...

Hanya orang tak cerdik nak compare parti baru(dengan keinginan untuk berubah) dengan parti lama(yang juga nak berubah tapi dah busuk dalamnya)

Hanya orang tak cerdik percaya Selangor tak tahu urus bab air hari tu. Kalau tak kerana sabotaj dan fitnah, tentu masalah air tidak buruk. Siapa yang bekerja dengan jabatan kerajaan dan GLC tentu tahu selok belok ini.

Anonymous
June 3, 2014 at 5:41 PM

Kiok 5.04. Pemimpin pkr yang dihina tu tak de habiskan duit rakyat macam pemimpin beeend terutama kat negeri tu.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger