MAJLIS PEGUAM BELA MALAYSIAKINI KECAM PERDANA MENTERI


Demi membela Malaysiakini dan atas dasar kebebasan media, Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong mengutuk tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang menyaman Malaysiakini kerana memfitnah.

Kenyataan Christopher yang menyebut ahli politik dan pegawai kanan kerajaan patut menerima kritikan umum sebagai sebahagian daripada kehidupan politik dan bukan menyaman media yang mengkritik.

“Mereka patut menerima komen tidak menyenangkan, tidak kira berapa pedas, jelik atau tidak benar, kerana ia sebahagian rintangan semula jadi dalam kehidupan politik awam, selagi tidak menjejaskan kehidupan peribadinya.

Namun, apakah Malaysiakini lupa bahawa Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim juga banyak menyaman media terutamanya Utusan Malaysia dan TV3.

Malah, suatu ketika Malaysiakini kalah dalam perbicaraan dengan bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berhubung isu balak. 

Namun, Malaysiakini bernasib baik kerana Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud tidak mengenakan jumlah saman sebaliknya hanya meminta memohon maaf secara terbuka.

Jika Presiden Majlis Peguam menganggap itu adalah sebahagian daripada tulisan rakyat maka itu ternyata silap.

Sebaliknya itu mewakili Malaysiakini termasuklah bagaimana artikel itu digarap dan sasaran kepada pembaca.

Perdana Menteri sebelum ini telah menyerahkan writ saman terhadap Malaysiakini berhubung komen pembaca yang disiarkan oleh portal berita itu.

Writ dan pernyataan tuntutan diserahkan kepada portal berita itu di pejabatnya di Bangsar.

Ia menamakan penerbit Malaysiakini, Mkini Dotcom Sdn Bhd; Ketua Pengarang Kumpulan, Steven Gan dan Ketua Pengarang, Fathi Aris Omar.

Penyaman bersama adalah Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abdul Rauf Yusoh.

Mereka mendakwa kompilasi komen pembaca dalam 'Yoursay' yang disiarkan pada 14 Mei, iaitu  ‘A case of the PM reaping what he sows’ dan ‘How much will Najib spend to keep Terengganu?’, berunsur fitnah.


Pengurusan kes tersebut ditetapkan pada 18 Jun ini di hadapan Hakim SM Komathy Suppiah.

Dalam reaksinya, Gan berkata, pihaknya sudah menjangkanya selepas akhbar UMNO Utusan Malaysia melancarkan serangan terhadap pembaca Malaysiakini bulan lalu.


"Justeru itu, kami berhasrat untuk melawan saman itu habis-habisan," kata Gan.

Begitu juga, Fathi berkata portal berita telah melanjutkan peluang kepada Perdana Menteri dan UMNO untuk menyatakan penjelasan mereka berkaitan isu ini.

"Tetapi mereka memutuskan untuk membawa kami ke mahkamah.

Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
June 8, 2014 at 6:45 PM

Kalau seseorang pee em asyik kena main sampai nak kena bawa mahkamah, nampak sangat tarafnya dah jatuh sama macam yb biasa je...

June 8, 2014 at 7:14 PM

Tak pyh amik peduli apa.yg majlis penggampang tu ckp. Teruskan je saman tu. Nk tengok akhirnya mcmana. Anwar selalu relax dan tk pernah amik kesah bila dikritik. Buat je mcm bro anwar tu....buat pekak badak.jer....

Anonymous
June 9, 2014 at 9:27 AM

"patut menerima kritikan umum ..... tidak kira ....berapa pedas, jelik atau tidak benar"

Apa BABI punya cakap ni ! .... Majlis peguam pun nampaknya macam dah jadi seperti Anwar...kaki penipu, kaki bohong, kaki fitnah!!!

Surprising very surprising, majlis peguam boleh sokong cakap fitnah....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger