KERANA KEKESALAN PAS JAWATAN KHALID IBRAHIM SEBAGAI MENTERI BESAR SELANGOR DI HUJUNG TANDUK


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, "saya tidak boleh menyenangkan semua orang" susulan daripada desakan beberapa pemimpin PAS yang mahu beliau meletak jawatan dan digantikan kepada pemimpin PAS.

Semalam, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Jaafar Sulaiman dilaporkan memberitahu beberapa pemimpin parti itu kini tidak lagi menyokong Abdul Khalid untuk terus menjadi menteri besar.

Menurut Jaafar, sikap Abdul Khalid yang sering membuat keputusan bersendirian serta membelakangkan rakan kompenan Pakatan Pembangkang membuatkan mereka menolak kepimpinannya kali ini.

Bahkan corak pentadbiran Abdul Khalid pada penggal kedua ini juga dikatakan tidak berubah selepas ditegur beberapa pimpinan parti sebelum ini. 

Demikian juga kenyataan Ahli Parlimen PAS, Khalid Abdul Samad dan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad yang secara terbuka menyatakan barisan pimpinan PR wajar bertemu bagi mencari pengganti Abdul Khalid.

Desakn kepimpinan PAS itu sudah sampai ke telinga Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Sama ada perlu kekal atau tidak sebagai menteri besar, perkara itu perlu dibincangkan secara menyeluruh dalam Pakatan Rakyat, ujar Ketua Pembangkang itu.

"Pandangan dan luahan yang diutarakan terhadap Abdul Khalid mungkin berdasarkan kepada keadaan dan prestasi semasa.

"Kita akan mendengar idea dan cadangan yang diajukan. Kemudian kita akan berbincang dan keputusan akan dibuat selepas perbincangan menyeluruh dilakukan bersama.


Kekesalan beberapa pemimpin PAS termasuk pemimpin DAP ke atas Khalid Ibrahim ekoran beberapa keputusannya yang banyak memihak kepada BN dalam usaha menangani permasalahan rakyat Selangor khususnya isu Langat dan isu air serta beberapa isu yang tidak dapat diselesaikan Pakatan Pembangkang Selangor.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
June 26, 2014 at 5:16 PM

Macamana fitnah pun, pemimpin Pakatan tetap sepakat dan tidak gopoh menurunkan sape2. Pendapat masing2 dihormati.

Tapi yg kesian pemimpin bee end Sarawak sendiri dah mula keciwa dengan Pi em. Jgn buat perangai macam kat Terengganu dah lerr.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger