KATA KERAJAAN BN SALAH LAKU TAPI MANA BUKTINYA LIM KIT SIANG


Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao mendakwa, sehingga hari ini, tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang tidak pernah mendedahkan sebarang bukti hingga merosakkan pemikiran rakyat.

Sehubungan itu, beliau telah dicabar supaya mengemukakan bukti salah laku kerajaan yang sering disebut dalam setiap ceramah politik beliau sejak 1969.

Sehingga sekarang masih tiada sebarang bukti yang boleh mengaitkan kerajaan dengan salah laku seperti yang dituduh DAP dan Lim Kit Siang.

Sebaliknya, kini beberapa ahli DAP yang keluar parti telah mendakwa beberapa pemimpin DAP termasuk Teresa Kok mengamalkan rasuah juga dakwaan kematian Teo Beng Hock mempunyai kaitan rahsia besar salah seorang pemimpin DAP terlibat dalam rasuah.

Ramesh Rao juga berkata beliau telah menyiasat perkara ini dengan ahli-ahli DAP malah mereka sendiri kata Lim Kit Siang ini penipu, bercakap tanpa bukti.

Dalam pembohongan Lim Kit Siang, hampir 40 peratus generasi muda mempercayai segala dakwaannya sama ada di pentas atau blog, malah pada pilihan raya lepas, mereka meracuni rakyat hingga pelajar sekolah darjah dua boleh kata BN ini rasuah.

Ramesh berkata demikian dengan pihaknya telah menyerahkan kepada SPRM bukti rakaman percakapan pemimpin DAP itu menerusi YouTube.

"Kita minta SPRM siasat Lim Kit Siang, panggil dia, saya sudah bagi link blogger yang sering kali dia kata kerajaan bertaraf rasuah dunia," katanya.

Tambahnya, jika ahli parlimen Gelang Patah itu enggan kemukakan bukti, beliau mencabar Kit Siang meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat.

"Kalau kamu tidak datang SPRM, kita datang minggu depan cabar dia di kawasannya, kalau tidak, elok dia letak jawatan," katanya lagi.


Justeru, Lim Kit Siang apa tunggu lagi! Orang sudah cabar, jadi tolong sahut cabaran itu, baru anak jantan.
Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
June 6, 2014 at 6:09 PM

Bukti kalau Pakatan beri akan masuk tong sampah ler.

Bukti kalau Pakatan beri hanya rakyat akan adili.

Bayangkan projek rugi juta2 tak de siapa bersalah atau bertanggungjawab. Kes senyap.

Bukti kalau kes tu melibatkan perlawanan sesama be end baru bleh pakai. Itupun bila dah tak bleh tutup.

Cabaran pasal bukti ni bukan cabaran anak jantan. Tapi cabaran anak ayam RM1.

June 6, 2014 at 6:46 PM

AnonymousJune 6, 2014 at 6:09 PM...betul ke apa awak dakwa ni...cuba buktikan ianya ditongsampahkan.........apakah dunia ni kecik sangatkah.......pilah dedah dan bagi bukti kat australia...awat bodoh sangat kah...

Anonymous
June 7, 2014 at 7:02 PM

abjing. Report kat australia. Dikatakan plak Pakatan tak patriotik. Agen negara asing.

Lagilah percaya sesetengah orang kampung turutama yang berkarat tu kat bee end.

Anonymous
June 8, 2014 at 4:03 AM

Boring dah dgn Pakatan. Bla blu bla blu bla blu. Ckap bnyak. Next GE, my vote go for BN...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger