INGATAN KEPADA MENTERI DAN ADUN SARAWAK YANG TIDAK PROAKTIF


Sikap tegas yang ditunjukkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem yang mengingatkan setiap menteri yang dilantik dan ADUN yang dipilih rakyat agar bekerja untuk rakyat.

Jika masih dengan sikap lama, adalah perlu Kabinet Sarawak dikecilkan dan seterusnya menggantikan mana-mana wakil rakyat yang tidak menunjukkan prestasi cemerlang semasa memegang portfolio itu.

Ini bertujuan untuk memastikan pentadbiran Kerajaan Negeri Sarawak berjalan lancar mengikut perancangan dan selari dengan Pentadbiran Ketua Menteri Sarawak yang baharu.

Terdahulu, Ketua Menteri Sarawak dalam Persidangan DUN Sarawak mengambil ketegasan dengan mengingatkan agar semua wakil rakyat kerap turun padang.

“Sikap tegas pemimpin nombor satu Sarawak itu sudah tentu meyakinkan rakyat dan mana-mana wakil rakyat yang tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik perlu diganti,” demikian menurut Aktivis Sosial Wan Zain Syed Mohdzar.

Tiada gunanya jika jumlah menteri dalam Kabinet Sarawak ramai tetapi tidak proaktif sehingga menyebabkan banyak agenda kerajaan tergendala.

Sekiranya tidak mampu menjalankan tugas, masih ramai ADUN Sarawak yang masih belum mempunyai portfolio yang boleh diketengahkan.

Peluang harus diberikan kepada muka baharu yang muda dan aktif dalam kabinet negeri supaya pembangunan untuk Sarawak lebih segar dengan ideologi baharu.

Pada masa sama, jumlah Setiausaha Politik yang terlalu ramai juga perlu dikurangkan kerana ada kalangan mereka tidak memahami tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.


Ketegasan Ketua Menteri Sarawak ini perlu dihayati demi kemakmuran negara dalam merealisasikan agenda pembangunan negeri Sarawak.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
June 9, 2014 at 1:06 PM

Kalau setakat mengingatkan tu bukannya "sikap tegas". Itu namanya 'manis mulut' sama seperti pemimpin be end lain yg pandai cakap sahaja sejak 50 tahun dulu.

Sikap tegas terbaik dalam politik ialah mengambil langkah membawa penipu ke muka pengadilan, tidak boros atau menambah kekayaan kroni, tiada sessi membodek, tidak menyekat peruntukan kepada Pakatan, tidak menahan kemasukan ahli Pakatan memasuki Sarawak,....... lain-lain perkara yang membawa keadilan dalam berpolitik.

Anonymous
June 9, 2014 at 6:02 PM

Sama macam slogan bee end yang sentiasa diingatkan dulu. Semua mesti BERSIH, CEKAP, AMANAH.

Itupun hasil ketegasan barisann dulu. Lihat apa jadi skarang. Rasuah masih top issue. Rakyat menadah BRIM

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger