GARA-GARA HUDUD HUBUNGAN PAKATAN PEMBANGKANG AKAN BERAKHIR SEBELUM PRU-14


Gara-gara hudud menyebabkan mereka tidak sepakat dan banyak lagi perkara yang menyebabkan hubungan DAP, PKR dan PAS kini hanya menunggu saat untuk bercerai talak 3.

Selepas ditolak rakyat pada PRU-13 dan ditambah dengan pelbagai kontroversi yang melibatkan kepimpinan tertinggi setiap parti sehingga menyebabkan hubungan sesama parti dalam Pakatan Pembangkang kian renggang.

Pandangan diutarakan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam ucapannya semasa menghadiri majlis makan malam DAP Melaka bagi memberi penghormatan kepada mendiang Karpal Singh serta memperingati ulang tahun ke-30 ‘Kempen Selamatkan Bukit China’ pada Jumaat.

Kata Lim Kit Siang, selepas setahun berlalu sejak PRU-13 pada Mei tahun lepas, penyokong Pembangkang Pembangkang mula mempersoalkan mampukah mereka dapat terus berdiri kukuh untuk menghadapi PRU seterusnya.

“Rakyat Malaysia menantikan PRU seterusnya dengan penuh harapan dan mengharapkan akan ada perubahan pada kerajaan persekutuan tetapi dapatkah Pakatan Pembangkang bertahan sehingga PRU14?” tanya Lim dalam satu kenyataannya.

Kata Lim Kit Siang lagi pada penghujung 2011, Pakatan Pembangkang berdepan dengan krisis mengenai hudud di mana ia telah menimbulkan perdebatan di antara barisan kepimpinan DAP, PAS serta PKR tetapi mereka berjaya mencari penyelesaian iaitu dengan memberi keutamaan kepada kerangka kerjasama dan konsensus Pakatan Pembangkang.

Tetapi, kali ini isu hudud kembali menghantui apabila sekutu mereka PAS nekad mahu mengembalikan hudud selepas melihat rasionalnya hukum Islam itu diaplikasikan di Malaysia.

Seperti biasa DAP yang terkenal dengan anti-Islam akan menentang keras pelaksanaan hukum hudud biarpun terpaksa bercerai dengan PAS.


Namun, itu tidak akan menjejaskan DAP untuk terus membawa konsep Malaysia Malaysian dengan kesamarataan semua kaum dengan menghapuskan kuota Bumiputera seperti mana yang dilaungkan mereka sebelum ini.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

June 29, 2014 at 5:03 PM

Lihat lah hebatnya LK Siang , dia masih mahu mempertahankan sebuah bukit di negeri Melaka yang telah dinamakan 'Bukit Cina" sedangkan orang Melayu yang ada Tanah Melayu' masih tidak dapat bersatu mempertahan tanah mereka sebaliknya menjual kepada Cina , bila cian buat rumah, taman gedung , ramai yang bsising sebab harga mahal dan sebagainya , tetapi mereka lupa , orang cina dengan sengaja ,mahu menjualkan apa juga barang yang diambil dari orang melayu dengan harga tinggi atas sebab mudah , 'jangan lepaskan balik kepad orang melayu tapi berikan kepada orang cina dengan apa cara sekali pun.

Jadi semangat LK Siang sepatutnya da kepada pemimpin Melayu , pemimpin mesti menjiwai harga diri sebagai orang melayu dialam hati dan semangat melayu bukan hanya dibibir sahaja

Anonymous
June 30, 2014 at 2:29 PM

Anon 5.03. Pemimpin bee end nak dengar ke nasihat mu itu? Boleh harap lagi ke barisan kabiinet bee end?

Tak sedar ke orang bee end sendiri yg bersekongkol menghilangkan tanah kepada bangsa lain. Dengan geng mcaa dan gerakkan tau.

Bukan LKS. Pakatan akan terus utuh untuk menumbangkan be end.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger