DYANA SOFYA SANGKAL TUNKU ABDUL AZIZ DAN 'HIDUP DAN MATINYA' HANYAUNTUK DAP


Sangkaan bahawa calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya Mohd akan keluar daripada parti DAP seperti yang diramal oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim ternyata meleset.

Sebaliknya, Dyana Sofya beliau sesekali tidak akan keluar parti DAP kerana baginya parti itu adalah sebuah parti pelbagai kaum yang sebenar.

Terdahulu, ramai pemimpin DAP menunding jari kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang kerana kesilapan memilih calon merupakan antara faktor kekalahan utama mereka dalam PRK Teluk Intan.

Calon Melayu sememangnya tidak sesuai bagi DAP yang sangat sinonim kepada kaum Cina.

Malah, kekalahan DAP itu sememangnya disebabkan calon DAP itu Melayu yang merupakan bukan citarasa orang Cina.

Biarpun menyedari dirinya dipersalahkan dalam kekalahan PRK Teluk intan namun gadis yang bukan peguam itu menegaskan beliau tetap bersama DAP.

"Saya akan tetap berjuang bersama DAP. Tiada cadangan keluar daripada DAP setakat ini. Jika ada yang menganggap saya kecewa dan akan keluar (DAP), mereka salah," katanya seperti dipetik oleh Bernama.

Sebelum ini, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz pada Isnin meramalkan Dyana akan meninggalkan DAP suatu hari nanti apabila beliau sedar parti itu bukannya sebuah parti berbilang kaum. 

Beliau membuat kenyataan itu berdasarkan pengalamannya sendiri ketika bersama DAP.

Dalam satu kenyataan media berasingan, Dyana menegaskan pengalaman beliau tidak sama dengan apa yang dilalui oleh Tunku Aziz.

"Saya menghargai konsistensinya dalam membela semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Saya percaya kepada prinsipnya melakukan apa yang betul biarpun ada risiko dan akibat," katanya.

Sebelum ini ramai pemimpin dan masyarakat Melayu percaya Dyana ini hanyalah sebagai Boneka DAP saja bagi memperoleh undi Melayu.

Dengan umur yang masih muda dan mudah dipergunakan serta hidup dalam serba kemewahan menyebabkan Dyana lupa diri hingga sanggup menggadaikan maruah agama dan bangsa di Malaysia seperti mana yang ditunjukkan dalam kempen PRK Teluk Intan.

Tunku Abdul Aziz menyertai DAP selepas pilihan raya umum 2008 dan dilantik sebagai naib pengerusi. Beliau seterusnya dilantik sebagai Senator mewakili Pulau Pinang.

Hubungan Tunku Abdul Aziz dengan DAP bagaimanapun mula tegang apabila beliau secara terbuka mengkritik perhimpunan Bersih 3.0 pada Mei 2012.

DAP kemudian tidak menyambung mandat penggal kedua beliau sebagai senator Dewan Rakyat. 

Tunku Abdul Aziz tidak lama selepas itu meletakkan jawatan dan mengumumkan keluar daripada DAP.

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
June 4, 2014 at 7:00 AM

She knows nuts about DAP's mission!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger