DAP KEDAH KINI TERUS BERGOLAK


Seperti tiada kesudahan, perpecahan dalaman DAP Kedah semakin meruncing apabila kepemimpinan DAP Kedah dan Jawatankuasa Interim DAP Kedah merancang untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) masing-masing dalam masa terdekat.

Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik sebelum ini memberitahu pihaknya akan mengadakan AGM tersebut bulan ini manakala semalam Jawatankuasa Interim Kedah menyatakan turut berbuat demikian pada September ini.

Tidak bersetuju dengan perkara itu, Guan Aik hari ini membidas jawatankuasa interim itu yang disifatkannya sebagai tidak menghormati undang-undang dan mencabar Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Beliau mendakwa, jawatankuasa interim yang diterajui Zairil Khir Johari juga bertindak seolah-olah mengenepikan haknya sebagai Pengerusi DAP Kedah yang sah sebagaimana diputuskan oleh ROS.

"Ini sangat biadap kerana menghina DAP Kedah yang sah. Jawatankuasa ini menghina kecerdikan akar umbi DAP Kedah dan Zairil seharusnya menghormati undang-undang dan akur dengan peraturan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Guan Aik menyifatkan tindakan Zairil adalah mengelirukan seolah-olah ROS sudah bersetuju dan mengakui jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti adalah sah apabila beliau mengarahkan semua cawangan DAP Kedah mengadakan mesyuarat yang bermula pertengahan Mei hingga pertengahan bulan ini.

"Sudah dinasihatkan ROS jangan buat aktiviti urusan parti sehingga status CEC diiktiraf, mengapa menentang ROS dan tidak peduli dengan mengadakan AGM di cawangan DAP negeri.

"Sepatutnya akurlah tetapi mereka cabar undang-undang dan ROS," katanya.

Menurut Guan Aik, beliau sangat menyesal kerana sudah menghantar surat untuk mengadakan AGM ber-kenaan sejak Mac lalu kepada DAP Pusat namun sehingga kini belum mendapat maklum balas.

"Walaupun begitu saya tetap akan adakan AGM ini pada 11 Julai. Saya sedar DAP Pusat tidak berminat untuk ambil tahu hal DAP Kedah," katanya.


Dengan permasalahan dalaman terbaru DAP Kedah ini bahawa Pakatan Pembangkang sendiri tiada jalan penyelesaian untuk menyelesaikan kemelut ini. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
June 9, 2014 at 11:38 AM

Kekacauan dalam Pakatan sama ada betul atau tidak amat baik berlaku sekarang dari dekat PRU. Biar ditapis mana2 yg tak baik. Boleh keluar cepat join bee end.

Jangan jadi macam bee end yg banyak pelakon keluar masuk.

Pakatan mesti menjadi parti terbuka yang akan menarik lebih ramai pengundi muda.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger