CHEGU BARD: MANA PENJELASAN PKR PASAL POLITIK WANG?


Atas prinsip ketelusan, ahli PKR Cabang Rembau yang digantung keahliannya, Badrul Hisham Shahrin mengecam Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sehingga kini masih belum memberikan penjelasan berhubung amalan politik wang yang didakwa berlaku dalam pemilihan parti itu baru-baru ini.

Sehingga kini masih beberapa cabang PKR khususnya yang bermasalah dalam politik wang masih belum menyelesaikan masalah kepimpinan mereka.

Penjelasan ini gara-gara desas-desus berhubung tindakan Ahli JPP parti, Abdul Malek Hussin `membaling' sejumlah wang kepada seorang pemimpin PKR mula tersebar di internet sejak dua minggu lalu.

Sehingga kini, ahli PKR dan penyokong parti masih tertanya-tanya sama ada kejadian tersebut benar-benar berlaku atau sebaliknya.

"Kenapa susah sangat untuk muncul dengan penjelasan tersebut sehingga membiarkan ahli dan penyokong termangu-mangu diasak dengan persoalan dan ejekan.

Pada 12 Jun lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas dari PKR, Dr. Xavier Jayakumar menegaskan, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berita propembangkang, Malaysiakini kerana didakwa menyiarkan laporan berunsur fitnah terhadap beliau.

Selain Malaysiakini, Xavier turut mengemukakan notis tuntutan maaf kepada Badrul Hisham dan akhbar Tamil Malar berhubung penyiaran artikel yang menuduh beliau terlibat dalam kegiatan rasuah bersama Abdul Malek.

Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai `Chegu Bard' meminta Lembaga Disiplin PKR menyiasat dakwaan tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya jika ia didapati benar.

Beliau menambah, Xavier sepatutnya menjawab serta memberi penjelasan dan bukannya bertindak sombong serta angkuh dengan mengugut untuk memfailkan saman.

"Untuk muncul mendesak segera bertindak membetulkan persepsi salah setelah begitu lembap menghadapi isu sebesar ini maka saya akan disaman, saya sedia," ujarnya.

Badrul Hisham turut menyatakan kehairanannya apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mencabar beliau membuktikan dakwaan pembabitannya dalam memberi rasuah kepada ahli JPP parti.

"Saya meminta Azmin merujuk surat saya dan fahami, isu telah muncul dari pelbagai sumber dan pelbagai versi tanpa ada pihak menjelaskan," katanya.


Ternyata, isu dalaman yang melibatkan pembabitan politik wang dalam PKR sudah semakin parah.
Share this article :
 

+ comments + 13 comments

Anonymous
June 17, 2014 at 3:00 PM

PKR dan Pakatan akan terus menempuh ranjau fitnah selagi terus berjuang di atas prinsip keadilan dan Islam. Kalau nak hidup senang, join........ Senang menipu.

Anonymous
June 17, 2014 at 3:29 PM

Sejak bila PKR dan Pakatan ada berperinsip keadilan dan Islam?????

Tian Chua islam kah???
Xavier Islam kah???
Dyana tolah hudud, islam kah???
Anwar terus menipu, islam kah???
Kes Azmin "di kerjakan di dalam tandas", islamkah?
Lim Kit Siang tentang hudud, islam kah???

Sejauh ini, yang membuat mereka terus menempuh ranjau fitnah adalah ketua-ketua mereka sendiri.

Kasihan Cikgu Bard. Beraganlah nampaknya!!

Anonymous
June 17, 2014 at 4:16 PM

Lebih 50% telah bersetuju mengundi Pakatan yg didalamnya ada parti berperinsip keadilan dan Islam. Sokongan padu tanpa pengundi hantu.

Dengan penipuan dan tekanan ekonomi sekarang, peratusan akan terus bertambah tanpa boleh ditahan.

Kesian anda yang mampu melihat Islam pada nama sahaja!!!!!

Anonymous
June 17, 2014 at 6:00 PM

Jauh lebih dari 50% yang mengundi Pakatan adalah pengundi bukan Islam/melayu. Memang ada PAS tetapi yang mengundi mereka adalah mereka-mereka yang tidak mahu melayu terus berkuasa.

Sememang PAS berperinsip Islam tetapi Pakatan? Mengapa ada anggota-anggota Pakatan yang mempersoalkan Malaysia sebagai Negara Islam?

Anon 3.29 dikatakan melihat Islam pada nama tetapi anon 4.16 melihat islam dengan dipejam mata agaknya.

Anonymous
June 18, 2014 at 10:48 AM

Anon6.00. Nampaknya semua telah membuka mata. Tapi untuk memahami "Mengapa ada anggota-anggota Pakatan yang mempersoalkan Malaysia sebagai Negara Islam?"..................... anda kena buka minda pula.

Pakatan masih baru. Penerapan/pemahaman tentang Islam masih rendah. Orng Islam dalam Pakatan akan bekerja keras menerangkan Islam. Kerana Islam lebih dikenali dengan sifat rasist Melayu, pemalas, pengotor......... DAN BOLEH BUAT PERKARA DIHARAMKAN AGAMA SENDIRI.

Bee end yg dah perintah lebih 50 tahun TIDAK MENGAMAL ISLAM SEBENAR MENYEBABKAN PENGANUT/BANGSA LAIN KELIRU. Tiada juga usaha menerangkan Islam sebenar(bukan paksa mereka masuk Islam) kepada bukan Islam dalam satu sesi khas seperti ceramah atau rancangan tertentu. Yg mereka tahu Islam=potong anu.

Hal dan BAWAAN buruk bee end ini telah melekat dalam otak penyokong bukan Islam. Inilah yg menyebabkan beberapa masalah kepada Pakatan.

** Nota: Ramai penyokong bukan Islam sokong Melayu Islam Pakatan KERANA KEJUJURAN/KEADILAN DAN bukan kerana ISLAM.

Anonymous
June 18, 2014 at 6:03 PM

Jika Pakatan adil dan jujur, tak perlulah Cikgu Bard bersusah-payah seperti ni, bukan sahaja sekarang tetapi sejak pemilihan parti yang terdahulu lagi.

Anonymous
June 19, 2014 at 10:45 AM

Kalau betul2 dia susah, dah lama dia terjun masuk bee nd macam katak2 lain.

Jangan risau.

Susah dalam Pakatan kerana susah nak betulkan beberapa orang yang tak betul.

Susah dalam beee end kerana susah nak tipu banyak orang dalam bee end yang memang tak betul.

Anonymous
June 19, 2014 at 11:10 AM

Masalahnya ialah "beberapa yang tak betul" dalam Pakatan tu adalah dari golongan para pemimpin.

Harap sangatlah Cikgu Bard berjaya didalam misinya.

Anonymous
June 19, 2014 at 11:55 AM

InsyaALLAH "beberapa yang tak betul" samada pemimpin atau ahli biasa akan dibereskan. Ini kerana Pakatan amat terbuka dan mengaku jika ada kesilapan. Serta dibereskan atas satu dasar kerjasama yg pasti..... JATUHKAN BEE END DEMI ISLAM DAN KEADILAN ....

Anonymous
June 19, 2014 at 1:13 PM

Tak nampak islam dan melayu akan naik di malaysia kerana ada DAP dalam Pakatan.

Anonymous
June 19, 2014 at 1:27 PM

Yang jelas nampak sejak 50 tahun dulu, Islam dan Melayu tak naik2 di Malaysia kerana ada MCAA dan Grakan dalam bee end.

Senarai peminta brim menjelaskan segalanya.

Sampai tahap kepoh satu negara terpaksa tuduh bangsa lain penyebab kesusahan bumiputra.

Anonymous
June 19, 2014 at 1:39 PM

Mana Melayu tak naik pula? Anwar tu kan pemimpin bertaraf dunia! Mana nak cari macam dia lagi?

Anonymous
June 19, 2014 at 1:58 PM

Melayu nak naik memang kena fitnah dan kena zalim dulu. Itupun habis control tapi gagal juga. Itulah cara kepimpinan bee and sekarang. Tak der nye dia nak bagi naik senang2. Tambah lagi mengganggu gugat harta kekayaan kroni keturunannya.

InsyaALLAH penyokong keadilan dan Islam akan menaikkan DSA dan mana2 pemimpin lain Pakatan ke taraf dunia satu hari nanti.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger