BILA USTAZ ANWAR IBRAHIM BERBICARA PASAL AGAMA LAIN DI MALAYSIA


Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim mengecam tindakan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) yang menuntut jenazah seorang mualaf ketika upacara pengkebumian Cina sedang dijalankan.

Berikutan itu, Anwar mempersoalkan tindakan JAIPP yang disifatkannya sebagai terlalu lewat dalam mengambil keputusan yang sensitif.

"Takkanlah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang itu hanya dapat maklumat sejurus selepas pengkebumian?

Bagaimanapun, kenyataan Anwar Ibrahim itu tidak melihat jawapan daripada JAIPP sendiri kerana setiap tindakan yang melibatkan jabatan kerajaan membabitkan prosedur ketat.

Sebaliknya, apa yang cuba dinyatakan Anwar Ibrahim itu lebih bersifat menjaga hati keluarga si mati yang merupakan keturunan Cina yang pasti akan menyebelahinya ketika pilihan raya.

Namun, yang sedihnya tiada seorangpun pemimpin Pakatan Pembangkang termasuk kepimpinan PAS yang kononnya mendukung Islam yang menyokong tindakan JAIPP.

Manakala, dalam kejadian di Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dikecam apabila tergesa-gesa menghalang pengantin wanita dalam upacara perkahwinan di sebuah kuil.

Tegas Anwar, JAIS sewajarnya melakukan rundingan lebih awal sebelum sesuatu upacara bagi menjaga sensitiviti kaum dan agama lain.

"Kita bila sentuh perkara ini, seolah-olah tiada tolak ansur, soal hukum, akidah dan keimanan, tapi tidak.

Tegasnya, jika sikap itu berterusan dipraktikkan penguatkuasa jabatan agama terbabit, ia hanya memperlihatkan kerakusan menggunakan kuasa dan bukannya menetapkan undang-undang.


Bagi masyarakat Islam di Malaysia yang berbicara tanpa menyentuh mengenai politik, menyokong tindakan JAIPP dan JAIS bagi dalam usaha memastikan Islam tidak diperlekehkan sebegitu rupa.
Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
June 11, 2014 at 8:18 AM

Setat al juburin....

June 11, 2014 at 9:06 AM

Yang mendengar tu akal di mana?

Anonymous
June 11, 2014 at 11:43 AM

Dalam negara yg penuh fitnah, parti pembangkang dan ahlinya bukan orang tak cerdik nak sokong bab melibatkan kaum dan agam membuta tuli. Mereka cerdik.

Silap sokong , bee eend akan buat cerita terbalik.

Tindakan ketua pembangkng mengecam tindakan jabatan agama ni pun dengar dari orang! Betul ke idak? Apa kenyatan penuhnya?

Bee end dan medianya x bleh percaya langsung. Nak faham betul apa dikatakannya, sila datang ceramah PAKATAN. Datang banyak kali tau, baru FAHAM.

Anonymous
June 11, 2014 at 2:14 PM

saja nak tanya..
apa tindakan anda yang mengaku beriman kepada hari kiamat, bila mana anda hanya dapat tahu seorang muslim yg telah meninggal dunia akan dibakar (bukan dikebumikan) oleh agama lain dlm masa yang kurang dari 3 jam?
mungkin ada yang kata biarlah mereka bakar dahulu kemudian Islam akan uruskan abu mayat itu.
sesetengah pihak cuba menampakkan undang2 yang sedia ada cuba untuk ditonjolkan seperti Islam itu terlalu kejam dalam menyelesaikan kemelut baik dengan muslim itu sendiri dan juga kaedah dengan yg belum islam.
kita nak perjuangkan hak muslim yg mati itu.respek dan respon akhir antara kita dan jenazah.tapi islam tetap dituduh, dikecam,dihinjak,oleh topeng2 liberal, sosial, sekular, hedonisme,plural dan agama lain.hanya kerana islam cuba untuk ditegakkan.hanya kerana beriman kepada Allah.
adakah toleransi itu hanya datang dari islam sampai boleh nego tentang perkara2 yg berkait dengan aqidah.iman.hukum?
muslim malaysia bukan dominan.hanya 63.1 peratus sahaja.ini islam mykad. termasuk dalam 63.1 ini adalah anti hadis, pluralisme, athies, syiah, ajaran sesat. perlu tidakan proaktif dalam isu ini.tanpa prejudis dan oportunis.
ribuan mualaf yg masih mualaf dan mereka belum mukalaf. adakah mereka tak perlu untuk dihormati?dimana pembangunan aqidah?tak payah menunding mana2..tanya apa yg kita buat utk islam sebelum tanya apa yg islam buat utk kita.
jadi muslim yang hidupkan islam bukan muslim yg terpaksa hidup dalam islam.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger