APAKAH ANUAR IBRAHIM TIDAK PUNYAI PEGANGAN AGAMA YANG KUAT?


Benar kata-kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bahawa mereka yang terlibat dalam kegiatan gay ini tidak mempunyai pegangan agama yang kuat.

Biarpun seseorang itu petah bercakap dan bijak menggunakan ayat-ayat al-quran tetapi itu bukan jaminan beliau mempunyai pegangan agama yang kuat sebaliknya itu hanyalah modal untuk berlakon.

Beliau berkata budaya komuniti gay dan lesbian berkembang dengan luas kerana golongan itu terlalu mengikut emosi dan nafsu mereka.

"Jika iman anda kukuh, anda tidak akan menjadi gay," katanya semasa program Syarahan Perdana Presiden di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan salah seorang peserta Syarahan Perdana itu, yang ingin tahu cara membendung gejala yang semakin menular ini.

Sambil berseloroh beliau berkata ada kalanya beliau merasakan ada baiknya juga masyarakat di Barat ramai yang mengamalkan budaya homoseksual.

“Kadang-kadang saya rasa baguslah ada perkahwinan gay di negara barat. Mereka tidak boleh ada anak, lama-lama hilanglah kaum mereka,” katanya.

Dr Mahathir menambah tujuan tuhan mencipta wanita dan lelaki adalah untuk mengembangkan zuriat.

“Nikmat yang dianugerahkan itu adalah untuk umat manusia mengembangkan zuriat,” katanya.

Jika budaya hidup gay ini terus menular di Malaysia pastinya kehidupan masyarakat di sini akan mengalami kesusahan di mana hidup songsang ini bertentangan dengan agama Islam juga mana-mana agama di dunia ini.

Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
June 6, 2014 at 5:07 PM

Percaya lagi kat madet ni. Anak beranak kroni kaya raya. Rakyat skarang kena harap brimmmm.

Dia ni pun tak habis2 hentam bee end skarang. Tunggulah bila tok jib kena turun nanti. Senyumlah madet. Gejala ni takde dalam Pakatan.

Anonymous
June 6, 2014 at 5:42 PM

Anon 507 mabuk todi. Mesti ahli parti kencing rakyat. Satu jari kedepan 3 jari kena diri sendiri.
Nasib baik tun M tu pecat Bro abi tu kalau tidak bukan saja rakyat ngr ni akan berkurang malah seluruh ngr akan di laknat mcm mcm kaum Lut.

Anonymous
June 6, 2014 at 5:49 PM

Anon 5.42. Tapi madet pun menyesal lantik penggantinya. Skarang dia tension dengan pemimpin terkini bee end. Nampak hidup dia penuh tension dan berjuang.

Tapi yang tambah tak gunanya, dia punya kroni dan anak beranak kaya raya hasil time dia keje dulu. Skarang pemimpin bee ned mengelabah cari duit nak cover line. Last skali rakyat di bandar yang tanggung gak.

Anon. Laknat juga kena kat kerajaan zalim.

Anonymous
June 6, 2014 at 6:07 PM

Gejala ni memang tidak ada dalam Pakatan.

Mana pernah ada gejala yang baik dalam Pakatan?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger