USUL BARU BIAN PERKENALKAN ‘PRIVATE MEMBERS BILLS’ DITOLAK DUN SARAWAK


Hasrat peguam tanah yang juga Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian untuk membawa usul ‘Private Members Bills’ bagi meminda Kanun Tanah Sarawak 2014 buat kali kedua tidak kesampaian apabila ahli-ahli DUN Sarawak menolak usul itu dengan suara majoriti.

Usul tersebut ditolak selepas gagal mendapat sokongan majoriti daripada ahli-ahli dewan dengan hanya 14 daripada ahli-ahli dewan bersetuju manakala 52 lagi tidak bersetuju dengan usul yang dicadangkan itu.

Menurut Speaker DUN, cadangan tersebut dilihat prejudis dengan kes-kes melibatkan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di mahkamah.

Sebarang pindaan akan mempengaruhi serta menjejaskan proses perbicaraan kes-kes melibatkan tanah NCR di mahkamah.

Sementara itu, Baru Bian yang juga ADUN Ba’kelalan mengakui memang ada banyak kes yang masih pending, tetapi tidak bermaksud pindaan ini akan menjejaskan kes-kes yang masih dalam perbicaraan.

“Kami tidak kisah jika usul ini ditolak kerana kami telah melaksanakan tanggungjawab kami,” ujarnya.

Keputusan DUN Sarawak dilihat bertepatan kerana sekiranya usul itu diluluskan ia memberi kesan yang tidak baik terhadap beberapa kes tanah yang kini sedang menunggu giliran untuk dibicarakan di mahkamah seperti mana yang dimaklumkan Baru Bian.
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

May 8, 2014 at 7:12 PM

Amat sedih sekali sebab DUN kali ini telah menolak usul private yg dibawa Baru Bian.Usul tersebut menyentuh tentang undang2 tanah NCR.Isu2 yg bakal dibentang Baru Bian akan "melenyapkan" kontroversi definisi perkara spt had sempadan "pemakai menoa" dan dua tiga isu yg lain.Isu2 tersebut telah sekian lama menjadi duri dlm daging dan biasa digunakan pembangkang menghentam kerajaan dlm isu tanah NCR.

Nampaknya suara pembangkang kalah juga walaupun asas usul tersebut agak baik.

Baru dah buat tugasnya.

Anonymous
May 8, 2014 at 9:03 PM

Baguslah tu! Si EJENDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM dan penaja mereka dr. Barat-ZIONIS ni hanya nak menghuru-harakan Sarawak, dan menindas BUMIPUTERAIslam/Melayu kat Sarawak (dan Sabah) tu!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN ISLAM/umatnya, Kesultanan Melayu, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Anonymous
May 9, 2014 at 10:39 AM

Penduduk Sarawak. Biarkan pembangkang 'huru harakan' Sabah Sarawak.

Lihat Semenanjung. Dah 'huru hara' tetapi......rakyat Semenanjung mendapat nikmatnya. Rasuah tak berani dibuat terang2an. Pemimpin barisan boros kena senyap2 dan rahsia.

Yang terdedah akan jatuh. Pembangkang dan rakyat penyokong menjatuhkan mereka. Dulu lain. Skarang lain.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger