TARIKH PEMILIHAN PKR SELANGOR AKAN DIADAKAN SEMULA


Lantaran kekecohan Pemilihan PKR 2014 di beberapa cabang di Selangor, Biro Politik PKR dalam mesyuaratnya malam semalam memutuskan akan mengadakan pemilihan semula di 12 cabang PKR Selangor yang sebelum ini ditangguh pemilihannya.

Perkara ini telah dinyatakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim selepas mengadakan mesyuarat Biro Politik PKR negeri malam tadi bagi membincangkan tata cara pengundian dan penyeragaman tempat-tempat pengundian untuk pemilihan semula cabang PKR Selangor.

Untuk mengelak sebarang persepsi negatif yang mungkin boleh diambil kesempatan pihak lain termasuk UMNO, Khalid menegaskan mesyuarat turut memutuskan supaya semua ahli PKR negeri menutup mulut dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

Lantaran itu, Penasihat PKR, Anwar Ibrahim akan membuat kenyataan rasmi dalam masa terdekat mengenai isu pemilihan semula cabang PKR Selangor yang ditangguhkan.

Pada Ahad lalu, pemilihan PKR yang berlangsung di Selangor menyaksikan 12 daripada 22 cabang parti itu terpaksa dibatalkan ekoran bantahan daripada ahli yang mendakwa proses tersebut tidak telus dan wujud unsur penipuan.

Cabang PKR yang membatalkan pemilihannya adalah Shah Alam, Subang, Klang, Kapar, Kota Raja, Sabak Bernam, Sungai Besar, Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor dan Selayang termasuk kawasan Khalid sendiri iaitu Kuala Selangor.


Sementara itu, Khalid memberitahu, peguamnya telah menghantar notis tuntutan saman kepada calon Ketua Cabang PKR Kuala Selangor, S. Manikavasagam yang didakwa melanggar etika kerana membuat kenyataan berhubung pemberian wang RM50 kepada ahli PKR untuk mengundinya.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
May 17, 2014 at 11:05 AM

Kalau buat kerja betul tak perlu tutup mulut.

Anonymous
May 19, 2014 at 4:36 PM

http://malaysian-properties-iec.blogspot.com/2014/04/lawyer-firm-that-was-cheat-to-be-watch.html

LAWYER FIRM THAT WAS A CHEAT TO BE WATCH OUT - URGED BY SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE COMMITTEES

To all Malaysians respected,

respectfully here, we wish to inform that YIP KUM FOOK (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) and YIP JIUN HANN job as a lawyer who runs at: NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR ROAD 53, DESA JAYA, KEPONG 52100 KUALA LUMPUR

We are all Malaysians to take notice and far from people mentioned above because do not hit plot

They are very nasty and black hearts (cruel), able to cheat women money, destroy families and himself consuming of Temple money, SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, and pretend to report police lost receipts ......... please note

Thank you,
SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger