SITUASI POLITIK SARAWAK BERKOCAK EKORAN PENGUMUMAN TERGEMPAR SEMALAM


Selepas Terengganu, politik Sarawak pula bergoncang sebaik sahaja selesai persidangan DUN Sarawak yang berakhir semalam.

Bekas Presiden SPDP, Tan Sri William Mawan ak Ikom bersama beberapa ADUN daripada SPDP dan Pengerusi SUPP Sibu, Dato Sri Wong Soon Koh dan beberapa ADUN SUPP telah mengadakan sidang media dan mengumumkan tindakan mereka keluar parti dan menyertai parti Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).

Bagi mengekalkan kedudukan mereka sebagai wakil rakyat Barisan Nasional (BN), TERAS yang berdaftar rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 28 Ogos 2013, akan memohon untuk menyertai menjadi parti komponen, atau dipanggil sebagai ‘BN Plus.’

Selain Mawan yang merupakan ADUN Pakan dan Ahli Parlimen Saratok, turut mengumumkan keluar parti ialah Datuk Peter Nansian Ngusie (ADUN Tasik Biru), Datuk Sylvester Entri Muran (ADUN Marudi), Paulus Palu Gumbang (ADUN Batu Danau), Rosey Yunus (ADUN Bekenu) dan Ahli Parlimen Baram Anyie Ngau.

Keputusan keluar parti dan menyertai parti baru ini merupakan jalan terbaik kepada penyelesaian krisis dalaman parti yang dilihat sudah sampai ke kemuncaknya.

Nansian pula berkata, mereka (Rosey, Entri dan Paulus) menyertai TERAS kerana mengikut jejak langkah Mawan.

“Beliau (Mawan) yang membawa kami masuk semula ke dalam parti (SPDP) jadi pastinya bila beliau keluar kami pun ambil tindakan sama,” jelasnya.

Tindakan tidak puas hati kebanyakan ahli SPDP bermula apabila Mawan membawa masuk kembali empat wakil SPDP ke dalam parti sehingga menimbulkan krisis dalaman.

Kemuncaknya apabila Wanita SPDP yang mengadakan mesyuarat luar biasa telah mengundi undi tidak percaya kepada Presiden SPDP.

Jelas Mawan lagi, beliau bukan kapten yang mengorak langkah meninggalkan kapal tetapi berhadapan pemberontakan (dalam parti).

Selain Wong Soon Koh sebagai ADUN Bawang Assan, wakil rakyat SUPP yang lain yang mengikuti keluar parti ialah Datuk Dr Jerip Susil (ADUN Bengoh), Dr Johnical Rayong (ADUN Engkilili) dan Ranum Mina (ADUN Opar).

Turut menyertai TERAS ialah ADUN Pelagus George Lagong daripada Parti Pekerja Sarawak (SWP) yang juga memberi kejutan dan menarik perhatian pada sidang media itu.

Wong Soon Koh yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti berkata, beliau mengambil keputusan untuk keluar parti setelah mendapati seterunya, Presiden SUPP Tan Sri Peter Chin enggan menerima pelan pendamaian disyorkan pucuk pimpinan BN.

“Kita tidak mahu persengketaan berpanjangan dan dah letih.  Saya rasa orang ramai pun dah bosan dengan semua ini,” katanya.

Menurut Mawan lagi, selepas ini akan ada beberapa pemimpin lain yang akan bertindak keluar parti antaranya Ahli Parlimen Mas Gading Anthony Nogeh daripada SPDP juga berkemungkinan besar menyertai parti itu.


Juga, difahamkan ada ADUN PKR yang akan mengambil keputusan yang sama untuk menyertai TERAS.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
May 16, 2014 at 12:55 PM

Mana anon Sarawak yang konon tolak politik kotor kat Semenanjung? Ini kes dah masuk Sarawak daaa. Atau memang pemimpin politik bee end suma gini je perangai? Rasanya tak terjawab soklan nih?

Pengikut bee end suma benci Pakatan. KM plak dah mula nak berkawan dengan Pakatan. Saki baki perangai lama ahli bee end. Tak sedar bee end dah teruk sngat psal rasuah dan berebut harta.

@veraonizukaMay 15, 2014 at 1:04 PM, kita ada saudara seluruh Malaysia. Adik pun ada sana. Suma cerita tentang kemunduran. Ini menambahkan lagi kesungguhan untuk berjuang dalam penulisan. Ini saja cara yg mampu dibuat berjuang kerana ALLAH dalam keadilan untuk suma orang Islam dan bukan Islam. InsyaAllah dapat pahala.

Janganlah @veraonizuka yg sudah gaji besar rasa selesa. Kita pun gaji besar gak. Tapiiiiii ingatlah berjuta lagi rakyat yang miskin. Ingat anak2 cucu kita tak tentu boleh gaji besar macam kita. Nanti dah terlambat.

To cannon. Terpulanglah nak slow atau steady. Tapi zaman sekarang. Bila kita 'slow atau steady', penipu dan peragut harta rakyat akan mengambil kesempatan juga secara 'slow and steady'.


Pemuda Pemudi Sarawak. Ubah Pakatan PRU ni.

May 18, 2014 at 7:34 PM

Sebenarnya dah letih nak "berdebat."Lagipun kita dah "rest my case".Tetapi atas sebab ingin juga memberi pandangan maka rela juga batal niat awal tu.

Sdr anon 12.55pm, tak manis menulis bersembunyi pakai "anonymous".Sekurang2nya pakailah nama samaran.

Apapun tu hak kaulah.

Persepsi kau ialah asal BN mesti rasuah dan kronism.Kau tak ada hak menuduh tanpa bukti.Tak elok tu.Kerajaan BN tak sempurna.Mana ada kerajaan yg dianggap sempurna kalau diukur dgn "ideals and dreams" yg banyaknya bersifat subjektif. Hitler dianggap penyelamat bangsa dan hero Jerman oleh pengikut2nya.Kerajaan Hitler dikagumi.Tapi bila kalah WW2 beliau digambarkan sbg "the devil and monster" oleh mereka yg menang WW2.Mana kita nak letak kerajaan Hitler - sempurna? Terpulang pd persepsi kita.Org Jerman memuji Hitler sbg hero.Org Yahudi melihat Hitler sbg keparat dan pemusnah kemanusiaan.

Persepsi kita mencorak pandangan kita.BN baik bagi saya.Kau pula suka kpd parti Anwar.Itu pilihan kaulah.Tapi jgn menidakkan hak saya memilih.

tinggi2 pun burung terbang singgah juga di pohon rendah akhirnya.Faham2lah.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger