SIAPA MENGKRITIK PKR AKAN DIPECAT SERTA-MERTA


Selepas Ketua PKR Cabang Rembau, Chegu Bard digantung keahlian PKR serta-merta, Md. Yusop Kamaruddin dari PKR Cabang Pasir Salak telah dipecat daripada parti kerana mengkritik dan menyerang Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR melalui laman Facebook manakala M. Nageswaran dari PKR Cabang Kota Raja digantung keahliannya.

Inilah demokrasi yang diamalkan PKR terhadap ahli-ahlinya yang mengkritik secara terbuka kepimpinan PKR dalam menjalankan tugas.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR mengesahkan tidak menolak penglibatan ahli-ahli kongsi gelap mendalangi insiden kekecohan yang berlaku semasa pengundian dijalankan di cabang Kota Raja dan Kuala Langat pada 11 Mei lalu.

Difahamkan sasaran ahli-ahli kongsi gelap ini pastinya peti-peti undi dengan harapan pemilihan pada petang itu gagal.

Johari juga telah menerima banyak rakaman video tentang insiden-insiden sabotaj dan kami sedang meneliti video-video ini untuk mengambil tindakan lanjut di sepanjang pemilihan PKR itu.

Keadaan ini sangat merisaukan kerana telah memberikan gambaran dan imej negatif terhadap PKR dalam setiap kali pemilihan PKR berlangsung.

Proses pemilihan di PKR Cabang Kota Raja terpaksa dibatalkan meskipun proses pengundian hampir berakhir pada kira-kira pukul 5 petang berikutan sekumpulan lelaki bertindak merampas peti undi dan melempar ke lantai dewan pusat pengundian di Dewan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Kekecohan turut berlaku ketika proses pemilihan PKR Cabang Kuala Langat pada pukul 4.55 petang apabila sekumpulan lelaki dipercayai ahli parti menyerbu masuk serta melakukan provokasi ke atas pusat pengundian di Dewan Wawasan Batu 9, Teluk Panglima Garang selain memecahkan peti undi dipercayai tidak berpuas hati dengan perjalanan pemilihan.


Pemilihan semula lapan cabang PKR iaitu Setiu, Kuala Nerus, Kemaman, Dungun, Jerantut, Paya Besar, Pasir Puteh dan Pengerang akan dijalankan pada 31 Mei ini manakala dua lagi cabang iaitu Tenggara serta Sungai Petani pada keesokannya.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

kah kah kah kiok
May 29, 2014 at 2:37 PM

YA LE.. DEMOKRASI LE SANGAT PARTI pGAYr NI..! DEMOKRASI TERPIMPIN.. PEMIMPIN & PECACAI SAMA2 GILA KUASA.. KETUA DAH NAK MASUK PENJARA PARA GUNDIK2 PUN MULA LE BERGADUH SESAMA SENDIRI.. KAH KAH KAH KIOK!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger