SELEPAS ISU AIR, TIMBUL PULA KADAR SEWA RUMAH NAIK 2 KALI GANDA


Apalah malang menjadi rakyat Selangor apabila sejak penggal kedua pemerintahan Kerajaan PKR dan Pakatan Pembangkang, rakyat menjadi mangsa.

Penggal kedua mungkin agaknya mahu ‘test’ sahaja kehendak rakyat dengan memberikan pelbagai macam janji pilihan raya 2008 dan kini selepas PRU-13 baharulah nampak taring sebenar pentadbiran PKR dan Pakatan Pembangkang ke atas rakyat Selangor.

Yang peliknya, tiada pula isu atau situasi yang sama berlaku di negeri-negeri pentadbiran BN.

Terbaru, rakyat Selangor yang sebelum ini menderita akibat catuan air sehingga menjejaskan aktiviti harian rakyat Selangor kini berdepan dengan kenaikan kadar sewa rumah yang hampir dua kali ganda daripada kadar asal yang dihadapi penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seksyen 8 Kota Damansara.

Lebih malang lagi apabila Kerajaan Selangor sebelum ini yang menyatakan persetujuan untuk mengkaji isu ini tidak menunaikan janji sebaliknya menghantar notis terus kepada penduduk mengenai kenaikan kadar sewa itu.

Lebih teruk lagi ada sebilangan penduduk di RPR Seksyen 8 Kota Damansara itu yang menerima surat mengosongkan rumah akibat sewaaan tertunggak.

Menurut Pengerusi Persatuan Penduduknya, Johari Nander, kenaikan sewaan sebanyak dua kali ganda itu amat membebankan mereka kerana kebanyakan mereka berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan dan mempunyai anak antara tiga hingga lima orang.

“Kenaikan kadar itu berlaku sejak Mei tahun lalu daripada RM124 kepada RM250 sebulan”.

Menyifatkan kenaikan itu sebagai tidak wajar, beliau berkata, surat bantahan sudah dibuat sebanyak tiga kali namun hanya mendapat maklum balas sekali.

“Kadar sewa naik mendadak selepas pilihan raya lalu. Semua penduduk kena termasuk warga emas, ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Johari berkata, sebanyak 1,154 unit rumah terlibat dengan kenaikan kadar sewa itu yang melibatkan lebih 3,000 penduduk.

Apa yang dikesalkan juga ialah sudahlah kadar sewaan naik dua kali ganda, tetapi keselamatan dan kebersihan di kawasan PPR tersebut juga tidak dikawal sebaiknya sehingga membahayakan nyawa penduduk setempat.


Inikah yang dinamakan kerajaan negeri yang prihatin? Ini menunjukkan secara jelas bahawa pemerintahan Kerajaan Selangor mempunyai masalah dengan tidak lagi mendahulukan rakyat sebaliknya mementingkan politik dan ekonomi mereka sahaja.
Share this article :
 

+ comments + 5 comments

Anonymous
May 3, 2014 at 8:34 AM

yg aku pelek bwatper org UMNO nak sebok2.nak tunjuk jagoh ke !!.konon...biokn aje la..kerjaan sel kan diaowang pilih..kan tu hadiah kerj PR kat diaowang..watpe nak kecoh2..nak komplen2. terima je laaa...nnt kalu permintaan diaowang dah dapat...nasib baik aku bkn pemimpin politik dia owang kan ada YB sendiri biolee YB tu selesaikan. yg UMNO sebok2 watpe.....bkn boleh prcaya sangt...bwat Noh Omar..jgn la nak jadi jagoh biokan je..dulu kes kat kuala selangor pasal tapak Jab perikanan lwn tapak tok kong.kalau aku tak silap lah....bila dah seteel..ada diawong undi BN..?..hmpeehhh...!!

Anonymous
May 3, 2014 at 9:40 AM

UMNO banyak rasuah bab itu satu Negara akan hancur tak lama lagi.

pemerhati
May 3, 2014 at 11:13 AM

anaon 9.40 am. lidah ko dah kaku ke nak jawab isu ni tiba2 divert issue ckp umno byk rasuah. pegi mampos la read bean oi.

Anonymous
May 3, 2014 at 11:32 AM

Oleh kerana Nuar Jubo & N.Ajis kata UMNO banyak rasuah, marilah kita sama2 angkat peliwat & penzina jadi PM!

Takbiiirr!

Anonymous
May 3, 2014 at 11:46 AM

kerajaan byk rasuah . dlm kerajaan kerja suma org umno ke???

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger