SARAWAK WORKERS PARTY (SWP) KECEWA DITIKAM PAKATAN PEMBANGKANG DARI BELAKANG


Perbuatan salah sebuah parti dalam Pakatan Pembangkang Sarawak yang dalam cubaan mengajak pemimpin kanan SWP menyertai ke parti mereka telah mengundang rasa marah dan ketidakpercayaan seluruh kepimpinan SWP terhadap Pakatan Pembangkang.

Berikutan kejadian itu, kepimpinan tertinggi SWP akan memikirkan kembali ‘perhubungan’ mereka yang sebelum ini telah menyatakan persetujuan untuk bekerjasama dengan Pakatan Pembangkang.

Pengerusi SWP, Larry Sng menyatakan SWP sememangnya perlu berasa kecewa dengan situasi terbaru ini memandangkan ia telah melanggari kepercayaan mereka.

“Dua bulan lepas, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang Ahli Kanan Majlis Tertinggi SWP telah dihubungi dan diminta meletak jawatan dari parti untuk memasuki salah satu daripada parti Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini.

“Kita tidak mahu mendedahkan identiti dan nama mereka, tetapi kedua-dua insiden tersebut melibatkan ahli kanan parti dan bukan ahli biasa.

Walaupun permintaan itu telah ditolak, tetapi kejadian berkenaan merisaukannya kerana ia disifatkan perkara serius berkaitan kepercayaan antara parti terdapat dalam Pakatan Pembangkang.

“Sebagai langkah terbaik, buat masa ini kita berasa patut menenangkan diri (memikirkan semula perancangan berkenaan) kerana bagi kita ini merupakan perkara yang begitu serius yang mana melibatkan kepercayaan yang telah dibina sejak enam bulan lalu.

“SWP ikhlas untuk menjalinkan kerjasama dengan parti lain dalam Pakatan Pembangkang dan kita juga ikhlas ke arah menyertai pakatan tersebut, tetapi sayangnya ia tidak seperti yang dibayangkan.


Susulan kejadian itu, SWP telah melihat bahawa platform Pakatan Pembangkang di Sarawak hanya lebih kepada mementingkan politik kepartian masing-masing dan bukannya berjuang untuk rakyat. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
May 12, 2014 at 10:54 AM

Sejak bilakah Pakatan boleh dipercayai?DAP hidup atas dasar "cakap tak serupa bikin" (contoh: DAP kononnya menyokong kebebasan bersuara tetapi melarang siaran2 TV3 dan RTM dlm DUN P.Pinang.Cakap "saman").PKR mana pernah berpegang kpd janji sendiri.(Contoh: janji2 dlm Buku Jingga tak ditunaikan.Ibu2 Tunggal di Selangor masih menerima elaun spt dlm manifesto PRU13 Pakatan.)PAS hidup dgn Islamnya yg sempit.Hanya tau hudud tetapi tak pernah tau tentang penderitaan rakyat Kelantan yg serba kekurangan.Kerajaan2 PAS di Terengganu dan Kedah terkubur tersungkur sebab PAS hanya pandai berdakwah,kutip derma,tetapi tak bijak urus ekonomi negeri.

Boleh diharapkah Pakatan? Jawab: Tak Boleh.

Eloklah SWP bertanding sendiri-sendiri.Be your own boss.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger