#PRKTelukIntan TUN DR MAHATHIR BIDAS DAP DAN DYANA SOFYA


Apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bersuara berhubung pencalonan DAP yang diwakili gadis Melayu berkelulusan UiTM dalam perundangan dan merupakan Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang ramai yang bersetuju sekaligus menjawab persoalan mengapa DAP mencalonkan orang Melayu di PRK Teluk Intan?

Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd. Daud yang mewakili DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan disifatkan sebagai calon ‘window dressing’.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, orang Melayu tidak sepatutnya terus ditipu dan diperangkap oleh pembangkang yang menampilkan Dyana Sofya, 27, dalam PRK tersebut.

Beliau (Dyana Sofya) hanyalah calon ‘window dressing’, bukan ada harapan apa tapi kalau dia menang dia menanglah.

Orang Melayu akan sokong kerana mereka mudah kena tipu, ramai dah orang Melayu kena tipu. Yang ini (Dyana Sofya) anak orang UMNO. “Kalau anak orang Pas dia tidak jadi, dari kecil mereka diajar suruh benci UMNO, dia disuruh pijak gambar saya tapi anak orang UMNO dia tidak disuruh masuk UMNO tak diajar pasal UMNO tak cakap sejarah UMNO bila dah besar dia bebaslah," katanya.

Ketika ditanya mengapa Barisan Nasional (BN) tidak menyenaraikan calon muda dalam PRK Parlimen Teluk Intan, Dr. Mahathir dengan sinis menjawab: “Kalau BN nak letak calon muda, kita kena cari calon ‘window dressing’, kita buat cantik-cantik biar orang nampak menarik sikit".
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger