#PRKTelukIntan SEKITAR PROSES PENGUNDIAN DI PRK TELUK INTAN


Sejumlah 59,927 orang pengundi biasa akan menentukan nasib calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud hari ini apabila 35 pusat mengundi mula dibuka pukul 8 pagi tadi.

Para pengundi mula memenuhi pusat-pusat pengundian 
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan yang mempunyai keseluruhan 120 saluran mengundi seawal 7.30 pagi lagi.

Kelihatan anggota keselamatan mengawal ketat pusat-pusat pengundian bagi memastikan tidak berlaku kejadian tidak diingini.


Siew Keong akan mengundi di SM Sultan Abdul Aziz sementara calon Dyana Sofya pula tidak mengundi kerana bukan berasal dari Teluk Intan.


Parlimen Teluk Intan mengandungi 60,349 pemilih berdaftar dengan 410 merupakan engundi awal dan 12 orang pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.

Sejumlah 38.61 peratus pengundi adalah Melayu, Cina (41.94) dan India (19).


Pilihan raya ini menelan kos sebanyak RM1.4 juta dan melibatkan 957 orang petugas. 

Pusat-pusat pengundian akan ditutup pada pukul 5 petang dan keputusan pilihan raya dijangka akan diumumkan seawal pukul 9 malam di Pusat Penjumlahan Undi di SM Abdul Rahman Talib.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger