#PRKTelukIntan MEMANG BENAR DYANA SOFYA BONEKA DAP


Pada sidang media calon DAP Dyana Sofya kebanyakan jawapan hanya dijawab Lim Kit Siang sebaliknya Dyana hanya sebagai tukang angguk sahaja.

Ada beberapa soalan wartawan yang ditujukan kepada Dyana tetapi lantas mikrofon itu dirampas Lim Kit Siang dan beberapa pemimpin DAP lain yang menjawab bagi pihaknya.

Ini telah membuatkan pihak media yang membuat liputan sidang media calon DAP itu marah kerana gagal mendapatkan kenyataan terus daripada Dyana.

Perkara tersebut jelas dilihat pada sidang media DAP yang berlangsung di Pejabat Operasi DAP PRK Teluk Intan pada semalam.

Salah seorang wartawan telah mengajukan dua soalan kepada Dyana iaitu meminta penjelasan beliau berkenaan adakah pencalonan beliau di PRK Teluk Intan merupakan satu tindakan DAP untuk memperalatkan Melayu dan adakah Dyana bersedia untuk menerima apa yang terjadi terhadap bekas Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim terhadap dirinya.
Secara tiba-tiba Penasihat DAP Lim Kit Siang mengambil mikrofon dan menjawab soalan tersebut.
Kemudian wartawan tersebut telah mengajukan semula soalan berkenaan apakah prinsip serta mampukah Dyana menerima apa yang terjadi terhadap Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim terhadap dirinya.

Sekali lagi Lim Kit Siang mencelah dan mengajukan semula soalan kepada wartawan adakah wartawan tersebut tahu apa yang terjadi terhadap Tunku Aziz?

Pada masa sama, Ahli Parlimen Puchong Gobind Sigh Deo dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee turut mencelah dan membidas semula soalan wartawan tersebut.
Akhirnya tiada jawapan daripada mulut Dyana berkenaan isu tersebut.

Bukan itu sahaja, persoalan berkenaan prinsip Dyana terhadap isu hudud yang dibangkitkan juga tidak dijawab penuh olehnya.

Tony Pua yang duduk di sebelah Dyana kelihatan menulis sesuatu di atas kertas dan berbisik sesuatu kepadanya.

Sebaliknya pimpinan DAP yang mengambil alih sidang media tersebut.

PRK kali ini calonnya adalah Dyana dan bukan Kit Siang, Gobind mahupun Tony Pua.

Inilah masanya untuk DAP memberi peluang kepada rakyat untuk melihat sejauh mana kebijaksanaan calon mereka menjawab segala isu yang berbangkit.

Ramai wakil media yang hadir melahirkan rasa kecewa terhadap apa yang berlaku kerana media amat berharap agar Dyana dapat menjawab segala soalan dengan berani, matang serta penuh informasi dan tidak berselindung di bawah 'ketiak' pemimpinnya.

Apakah Dyana ibarat calon payung terjun oleh DAP?

Tindakan yang dilakukan oleh pemimpin DAP itu dilihat memakan diri sendiri apabila calon mereka tidak dapat tampil ke hadapan, menjawab persoalan sekaligus tidak dapat melihat sejauh mana kredibilitnya untuk menjadi ahli Parlimen.

Berdasarkan itu adalah benar Dyana telah diperalatkan DAP dalam usahanya menarik sokong Melayu dan kononnya DAP itu parti pelbagai kaum.
Share this article :
 

+ comments + 9 comments

Anonymous
May 21, 2014 at 10:43 AM

Pemimpin DAP atau Pakatan bukan penakut macam pemimpin bee end. Hilang MH, hantar menteri dan pegawai je cakap. Gagap plak tu.

LKS tak bagi Dyana cakap. Kerana percakapannya tinggi taraf terutama dari bekas menteri...lembu. Malu plak bee end nanti.

Anonymous
May 21, 2014 at 11:40 AM

melayu bongok ja sokong DAP..

Anonymous
May 21, 2014 at 12:34 PM

Haha sorang lg cyber trooper umno yg gagal. Come on la.

Anonymous
May 21, 2014 at 12:40 PM

Dulu2, Melayu bongok katanya kerana lawan penjajah. Tengok bee end bekerjasama dengan penjajah hingga merdeka tanpa darah. Bangga plak tu.....dengan itu terimalah pendatang sebagai warganegara.

Last2 pendatang tu lagi rajin dan pandai. Jadi Melayu yang lawan dan mati dibunuh penjajah tu bongoklah. Termasuk Sabah Sarawak dengan cerita James Brooknya.

Penyokong bee end... terimalah kenyataan pemerintahan bawaan penjajah tu dah nak hancur.

Melayu sememangnya terpaksa bekerjasama dengan bangsa lain(keturunan pendatang). Tapi bekerjasama dalam bentuk bangsa Melayu dibela dan sama2 berjaya.

Bukan bekerjasama menghilangkan hak Melayu selama 50 tahun lebih. Hak pemimpin2 bertambah...

Anonymous
May 22, 2014 at 10:03 AM

Hidup melayu..hidup MAH siew keong! !! Undilah gerakan cinabeng yg mempertahankan melayu!!! Ehhhh jap, mcm salah je wkwkwkwk

Anonymous
May 26, 2014 at 12:30 AM

Tinggi sungguh taraf percakapannya... Disebabkan org mcm ni lah dsn rayer berani cakap melayu celaka..... Ayuh kita semua bergaduh lagi sesama kita!!!!!

May 28, 2014 at 12:36 AM

Tahu pon diri itu Pendatang....tak lama lagi atatus kamu akan sama dgn Pendatang yg sedia ada @ indo, myanmar dan bangla....jamgam jolok Sarang Tembuan..ok tgklah nanti nasib kamu semua....TAK MUSTAHILKAN

May 28, 2014 at 12:38 AM

HIDUP DYANA ...HIDUP LIM KIT SIANG@DAPigs

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger