#PRKTelukIntan LETAK CALON MELAYU DI TELUK INTAN DAN INDIA DI BUKIT GELUGOR STRATEGI TERBARU DAP


Pagi ini penamaan calon bagi PRK Teluk Intan yang pastinya akan menyaksikan pertandingan DAP yang diwakili Dyana Sofya dan BN diwakili Pengerusi Gerakan.

Penamaan calon akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak di Jalan Changkat Jong.

Proses akan berlangsung selama sejam sebelum pusat penamaan calon ditutup pada 10.00 pagi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Ibrahim Ahmad dijangka mengumumkan nama calon yang layak bertanding dalam PRK itu, sebelum 11 pagi.

Begitupun, SPR menjelaskan sehingga petang semalam sebanyak 4 borang pencalonan telah dijual.

Strategi DAP yang mempertaruhkan calon muda DAP di dua PRK bakal dijadikan kayu pengukur sama ada langkah meletakkan calon dari generasi pelapis di Parlimen Teluk Intan dan Bukit Gelugor membuahkan hasil atau sebaliknya.

Yang pasti, kedua-dua calon muda ini akan mampu menarik undi kaum muda yang selama ini hanya bertindak sebagai pemerhati politik sahaja.

Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik menjelaskan jika DAP membolot dua kerusi itu, ternyata parti berjaya buktikan mereka mampu membaca trend pengundi, termasuk memahami sentimen orang Melayu yang mahukan wakil rakyat Melayu di Teluk Intan, selain mahu kekalkan legasi Karpal Singh di Bukit Gelugor.

“Meletakkan calon Melayu dan muda ibarat satu ujian buat DAP. Jika jumlah undi melebihi jumlah sebelum ini, bermakna orang Melayu sokong DAP dan undi tambahan adalah dari Melayu,” katanya.

Menurutnya, tidak salah untuk parti memberi peluang kepada calon Melayu menembusi kawasan majoriti Cina kerana yang bertanding parti, bukan individu.

“Ini adalah strategi politik semata-mata, tiada kaitan dengan cubaan mengalih isu hudud atau cuba permainkan sentimen orang Melayu,” katanya.


DAP sebaliknya akan terus melaksanakan apa saja agenda demi matlamat asalnya untuk memerintah negara dan menjadikannya seperti Singapura.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
May 19, 2014 at 5:52 PM

Kerjasama dengan DAP menyedarkan mereka pentingnya hubungan perkauman. Sanggup meletakkan Melayu sebagai calon prk. Perkembangan baik menjadi contoh kepada penduduk Sabah Sarawak perlunya hidup harmoni bersama.

Bukan seperti bbarisan yang racist

Bukan seperti sesetengah penduduk Sabah Sarawak yang anti Semenanjung.

Anonymous
May 19, 2014 at 6:00 PM

Betul barisan tak sempurna. Tetapi bukan kerana kelemahan manusia. Mereka tidak sempurna kerana sengaja berbuat begitu agar mereka DAN KRONI boleh terus hidup mewah dalam kegawatan masalah negara.

Pakatan juga tidak sempurna. Tetapi mereka ada kemahuan. Telah ditunjukkan di negeri Pakatan. Mereka tidak mewah kaya raya. Mereka terdedah bahaya setiap masa tetapi sanggup bersama rakyat yang teraniaya.

Yang terlajak dalam Pakatan akan ditendang. Tetapi terlajak dalam barisan akan disembunyikan.

Berikan peluang Pakatan memerintah negara dengan undi yang banyak. Pasti ada perubahan ke arah yang lebih baik.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger