#PRKTelukIntan JAWAPAN PEDAS TERHADAP DYANA SOFYA PASAL UiTM


Warkah ini disiarkan bagi menjawab tohmahan calon DAP Dyana Sofya yang bertanding dalam PRK Teluk Intan yang merupakan bekas pelajar undang-undang di UiTM.

Kenyataan Dyana dalam artikel "UiTM bukan milik UMNO, UiTM milik Rakyat" kini telah dijawab oleh pelajar UiTM yang sememangnya marah terhadap Dyana yang mengheret UiTM dalam kancah politik bagi menarik sokongan Cina terhadap pejuangan politiknya.

Ungkapan calon DAP, Dyana sebelum ini telah diungkapkan berkali-kali oleh Pemimpin Tertinggi DAP.

Bezanya, dahulu Cina yang ungkapkan perkataan tersebut dan sekarang Melayu yang ungkapkan.

Mesej yang dibawa tetap sama iaitu ingin Menghapuskan Keistimewaan Melayu.

Sungguh licik permainan DAP ini persis permainan PAP suatu ketika dulu.

Saya adalah salah seorang dari ratusan ribu bekas pelajar UiTM.

Saya terpanggil untuk menyatakan kepada semua terutamanya kepada bekas pelajar UiTM Adik Dyana bahawa UiTM bukan Milik UMNO tetapi UITM SEBENARNYA MILIK MELAYU dan UMNO adalah parti yang memperjuangkannya.

Saya pernah beritahu kepada rakan (bekas pelajar UiTM) dan adik-adik yang sedang menuntut ungkapan UITM ini adalah Untuk Islam, (untuk) Tanah Melayu... Universiti Ini Tolong Melayu...Universiti Ini Tempat Melayu..

Anak Melayu tidak kira fahaman politik menuntut dalam pelbagai jurusan di UiTM.
Yurannya berbeza dengan universiti lain. Suasana pengajian berbeza dengan Universiti lain.
Penerapan agama berbeza dan pendekatan semangat Melayu juga lebih daripada universiti lain.
Wahai Dyana, Ya, UiTM bukan milik UMNO... UiTM milik hakiki MELAYU dan UiTM adalah kebanggaan Melayu.

Dyana, kamu muda lagi... usia kamu sedang meningkat. Bila kamu bergaul 23 jam bersama Cina DAP. Kamu akan mudah terpengaruh dik.

Jadi bergaul juga dengan Melayu.. Ingat dik, misi DAP adalah hapuskan keistimewaan bangsa kita dik. Ingat ya.

Dik Dyana. Kena ingat pemimpin tertinggi DAP pernah kata Melayu adalah pendatang..

DAP tetap dan konsisten pecah belahkan bangsa kita Melayu. DAP pengaruhi pemimpin PAS dalam bab penghinaan pada Nabi Muhammad SAW sehingga ada pemimpin PAS berkata Muhammad (Rasulullah) adalah sama dengan Muhammad atau Mamat Kampung.

DAP pernah pecahbelahkan Islam dan Melayu melalui isu Kalimah Allah. DAP pernah mengharamkan sambutan Maulidurasul di Pulau Pinang..

DAP pernah "sound" supaya tiada laungan Azan.. DAP pernah menggunakan taktik "ladang babi terbesar" untuk halau orang Melayu.

DAP pertikai peruntukan untuk membina Masjid di negara kita.

Ingat Dik, DAP sedang menggunakan adik Dyana untuk pecahkan Islam dan Melayu melalui Isu HUDUD.

Ingat Dik Dyana, DAP sedang gunakan adik dan mak adik untuk pecahkan perpaduan Wanita Melayu yang sebelum ini menjadi teras kepada Melayu itu sendiri.

Deen Qassim
Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Rekod, UiTM Kelantan dan Shah Alam

Pengerusi Pertubuhan Barisan Darulnaim Negeri Kelantan (BADAR)
Share this article :
 

+ comments + 7 comments

Anonymous
May 21, 2014 at 7:14 PM

Susah nak ingat sebab 'tengah glamour'...tengah mengejar pangkat, nama dan harta. Tulis surat apa pun tidak akan ada apa-apa makna...

Anonymous
May 21, 2014 at 9:26 PM

Si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM yg. begitu DAJAL, asyik nak mempertikaikan hak, sejarah dan identiti BUMIPUTERA terutamanya BUMIPUTERA ISLAM/Melayu - selain dr. patut diPENJARA bawah undg-undg TERORISMA kerana mahu mencetuskan satu lagi 13 Mei, juga patut diSAMAN berjuta - sebab si PENDATANG/PENCEROBOH ni melanggar Kontrak Sosial utk- menghormati kaum Bumiputera di NEGARA ISLAM ini, spt. yg. dipersetujui sbg. syarat pemimpin kita bagi PENDATANG/PENCEROBOH sampai berjuta dpt- kerakyatan dgn. begitu senang! Sedangkan rakyat BUMIPUTERA biasa terutamnya umat Islam/Melayu - tidak ditanya!

Dahlah PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL ni mendapat Pulau Temasik dgn. begitu mudah dgn. bantuan ZIONIS-Mossad/Israel (lihat di http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009), tapi akibat KETAMAKAN yg. amat JAHAT, masih tak berpuas hati - mahu si PENDATANG/PENCEROBOH ni RAMPAS seluruh Tanah Melayu ni! Bahkan ZIONIS/Israel berharap utk. menawan satu lagi 'Palestin' di Tanah Melayu ini, yg. kaya minyak-gas dan boleh disatukan dgn. Singapura, yg. terlalu kecil!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN ISLAM/umatnya, Kesultanan Melayu, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Anonymous
May 22, 2014 at 9:36 AM

Makin lama makin menyampah psl uitm ni. Isu da basi. Itu je la dok pusing2. Aku bekas pelajar uitm .takkan tergugatnya dan takkan bukaknya pd bukan bumiputra. Dah takde berita baru ke? Cerita ulang2 mcm ni sampai naik bosan.
Bukan si dyana ni boleh buat apa pun psl iutm. Yang menggelabah sgt tu psl apa? Sigh...

Anonymous
May 22, 2014 at 10:32 AM

Anon 9.26. Bukankah barisaan yang dengan sukacitanya menyambut Obamah penyokong tegar zionis datng kesini.

Oooooh silap, Pakatanlah yang sambut. Hantar masuk penjara...

Anonymous
May 22, 2014 at 5:29 PM

BIAR LANTAK LA MINAH NI SESAT. ASALKAN MELAYU LAIN TAK SESAT. FULL STOP.

zin uban
May 22, 2014 at 11:19 PM

contoh muslimah hendak menarik orang bukan islam mendekati Islam, tapi jangan pula Si duyung dyana tu mengikut cara bukan islam.PAS TETAP AKAN SOKONG WALAU SI DUYUNG DAYANA TIDAK MENUTUP AURAT UNTUK MENJADI PEMIMPIN BAGI PENYOKONG PAS DI TELOK INTAN.

Anonymous
June 4, 2014 at 2:04 PM

Asalkan UMNO musnah pasti Islam dan Malaysia akan lebih makmur

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger