#PRKTelukIntan JANGKAAN KALAH PENYOKONG PEMBANGKANG ROSAKKAN POSTER CALON BN


Selepas serangan bertalu-talu calon DAP, Dyana Sofya hingga membawa harapan kemenangan yang amat tipis menyebabkan penyokong Pakatan Pembangkang khususnya DAP terpaksa melakukan sesuatu yang tidak patut diterima akal.

Terpaksa untuk menang menyebabkan penyokong Pakatan Pembangkang merosakkan poster calon BN, Datuk Mah Siew Keong dengan perkataan 'bodoh' menggunakan cat hitam.

Perbuatan sebegini sangat tidak beretika seolah-olah mahu melihat kem BN marah sekali gus menyebabkan pergaduhan.

Provokasi melampau ini terpaksa dilakukan Pakatan Pembangkang bagi meraih simpati pengundi ke atas calon DAP yang kini sudah jauh ketinggalan daripada segi keyakinan pengundi di Teluk Intan.

Inikah yang dinamakan sebagai politik matang seperti mana yang dianjurkan Pakatan Pembangkang dalam perhimpunan haram mereka selama ini?

Menurut Mah, sepanjang 20 tahun dalam politik dan terbabit dalam pilihan raya, kejadian seumpama itu adalah pertama kali berlaku ke atas dirinya.

Bagi kem BN, perbuatan sebegini sedikit pun tidak mematahkan semangat mereka untuk melihat calon BN menang dalam PRK Teluk Intan ini tetapi kesal dengan apa yang berlaku kerana tidak menunjukkan kematangan.


Bagi penganalisis kebanyakan mereka yakin akan kemampuan calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong untuk menawan hati pengundi, khususnya masyarakat Cina di Teluk Intan bersandarkan kepada landasan rekod kepimpinan Mah sebelum ini.
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
May 27, 2014 at 1:57 PM

Cerita samseng pilihanraya tak lain dan tak bukan pengikut tegar bee end yang dah semakin pupus.

Kalau tak kerana gula2 pilihanraya, dah lama Pakatan perintah dan bawa perubahan baik kpd negara.

Anonymous
May 27, 2014 at 2:30 PM

Pakatan boleh perentah lebih bai kaaaa?.Alamakkk apapasal gua kat Selangor talak bagus,2 bulai air pun talak.Lagi sulah 6 tahun perentah,Melayu itu macam juga,Cina pun itu macam juga India pun sama talak makin senang .Itu kelajaan punya syalikat pun ada ruga juga,itu tanah ada jual juga pada iku kroni.Itu rasuah pun alak.

Anonymous
May 27, 2014 at 3:07 PM

Pakatan pelentah misti baik punyaaaa. Itu hali iar talak pasal bee end gak lerr. Kalau setuju kadar air turun dah lama Selangor sign. Itu plojek bee end pun bukan boleh cover masalah air satu Selangor maaaaa... Halap bila siap itu plojek nanti jangan kawasan Pahang pun kemarau dah lerrr. Itu telowong jadi macam telowong smart tapi tak smart tak boleh fungsi ikut pelancangan.

Bawah Khalid aaaa, mana lasuah... Talak lekat kes punnnn.. .Itu bee end kasi glamer saja. Kalau ada pun itu pekeja yang ikut sistem bee end maaa..janji masyuk....

Tanah pun talak hilang. Yang hilang itu kes lama punya kelija bee end.....

Eh itu Melayu sudah talak hak tanah lagi amacam???? Haiyaaaaa kesian sama Melayu kina tipu hilup2 sama dia punya ketua...Haiyaaa.......

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger