#PRKTelukIntan ABDUL HADI AWANG TETAP SOKONG DYANA WALAUPUN TENTANG HUDUD


Presiden PAS, Abdul Hadi Awang tetap turun menyokong kempen calon DAP, Dyana Sofya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan biarpun gadis itu lantang menentang pelaksanaan hudud yang diperjuangkan PAS.

Dalam hal ini jelas PAS lebih mementingkan hubungan politik dengan DAP berbanding menegakkan hukum Islam.

Kini jelas PAS tidak ikhlas memperjuangkan hukum hudud seperti mana yang pernah ditunjukkan pemimpin PAS terdahulu.

Ini bukan sahaja menyimpang daripada penubuhan asal PAS bahkan PAS kini lebih terarah kepada Islam liberal yang hanya mementingkan politik berbanding Islam.

Lebih teruk lagi biarpun terpaksa menunggu sejak kehadiran calon DAP itu, Abdul Hadi tetap memuji gadis yang banyak dianugerahkan sebagai ‘gadis penipu’.

Dalam ucapan yang disampaikan sebelum ketibaan calon DAP itu, Abdul Hadi berkata, bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu ternyata melebihi keberanian beliau apabila mengambil keputusan menjadi calon DAP.

"Kita menganggap Sofya ini berani. Sanggup jadi calon DAP pula. Saya tak sanggup jadi calon DAP," kata Abdul Hadi sambil disambut gelak ketawa oleh hadirin.

Dalam ucapannya, Abdul Hadi juga berkata, penyertaan Dyana Sofya dalam DAP juga mempunyai 'peranan' yang tersendiri.

"Dia jadi calon DAP, berani dia. Dyana Sofya ada 'peranan' dia dalam DAP," kata Abdul Hadi.


Secara jelas, Abdul Hadi Awang menyindir calon DAP itu yang mempunyai ‘peranan’ lain di sebalik pencalonannya di dalam DAP.
Share this article :
 

+ comments + 5 comments

May 28, 2014 at 1:17 PM

saya tak sanggup jadi calon DAP. weiii panas tu, tajam tu maknanya..hahahaha dalam diam hadi awang pekenakan biaDAP. padan muka korang

May 28, 2014 at 1:52 PM

Sudah sudah lahhh tuu Hadi Ooii , jangan lah kerana p[olitik menjatuhkan semasa melayu islam kita katra semuany bagus belaka, pandang pandang lah sikit masa depan anak bangsa melayu walaupun kamu tidak mahu dan keturunan kamu tidak mahu menjadi melayu lagi

Anonymous
May 28, 2014 at 2:16 PM

RAJA LAWAK TARBUS BESAR.......HA HA
KEJAP HALAL KEJAP HARAM.
KAFIR SANA KAFIR SINI..
DIRI SENDIRI SEMPURNAKAH..
YANG PELUK BAPAK KAFIR TU SIAPA ?
CERMIN DIRI, NILAI SENDIRI.
APAKAH AKU MUSLIM YANG SEMPURNA....KAFIRKAN SESAMA ISLAM..

DIRI SENDIRI MENJIJIKKAN

Anonymous
May 28, 2014 at 2:46 PM

Hairan juga, dia kata kawan dgn kafir jadi kafir. Habis kalau peluk kafir jadi apa ?

Anonymous
May 28, 2014 at 5:45 PM

Untuk orang Sabah Sarawak. TGNH telah berjaya menepis tohmahan Pas tentang Dyana.

TGNH telah menunjukkan Islam tu syumul. Boleh bekerjasama dengan DAP yang bersetuju bergabung menentang kerajaan zalim. InsyaAllah DAP akan menerima undang2 hudud dalam dakwah Pas dan takdir Allah. Atau setidak2nya Pas dan PKR menjadi kukuh walaupun DAP menarik diri di saat akhir.

Kita kena percaya satu perkara. Islam akan naik kembali. Tapi bukan dibawah kerajaan rasuah dan penipu.

Dyana ni berdarah amano jugak, begitu juga pemikirannya sama macam amano . Tapi bezanya dia tak tentang hukum hudud. Dia tak buat lawak sup tangan. Dia cuma tak sokongn undang2 hudud kerana masalah Perlembagaan itu sendiri.

Penyokong bee end telah terngaga. Rupa2nya mereka salah sangka tentang Pas dan Islamnya. Mereka ingat Islam Pas berubah2. Lihat ulama dan pengikut tetap setia. Tahniah kerana berjaya membawa cara pemerintahan Islam sebenar. Islam yang pernah memerintah dunia dengan segala orang kafirnya yang hidup aman bersama.

Bukan bersama samseng macam lakonan samseng kampung dusun tempohari atau perasuah, penipu....

Pas, PKR dan DAP memang hebat.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger