#PRKBUKITGELUGOR SEORANG LAGI CALON BEBAS BUAT KEJUTAN


Selepas ketiadaan calon BN-MCA di PRK Parlimen Bukit Gelugor, kejutan terus berlaku semasa penamaan calon #PRKBukitGelugor apabila menyaksikan dua orang calon Bebas menawarkan diri bertanding bagi menghadapi calon DAP dan PCM.

Calon Bebas, Abu Bakar Sidek Mohd Zan telah membuat kejutan apabila hadir ke pusat penamaan calon di mana tiada sebarang maklumat mengenai hasrat dan niat calon itu untuk bertanding di PRK Bukit Gelugor ini.

Proses penamaan calon bagi PRK Parlimen Bukit Gelugor yang bermula pada jam 9.00 pagi tadi di Dewan Sri Pinang ditutup pukul 10.00 pagi tadi dengan menyaksikan tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

DAP telah meletakkan Ramkarpal Singh, 38 tahun, anak ketiga mendiang Karpal Singh, sebagai calon untuk mengekalkan kerusi parlimen itu.

Beliau bagaimanapun dicabar, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan dan ahli PAS Gombak, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar.

MCA yang sepatutnya mewakili Barisan Nasional (BN), memutuskan untuk tidak akan meletakkan calon.


SPR telah menetapkan 25 Mei sebagai tarikh pengundian PRK Bukit Gelugor manakala 21 Mei ini untuk pengundian awal.
Share this article :
 

+ comments + 8 comments

Anonymous
May 12, 2014 at 12:37 PM

Mca x dak oteyy

May 12, 2014 at 12:42 PM

good move by MCA..DAP lawan bayang2...

Anonymous
May 12, 2014 at 12:53 PM

Satu lagi yg boleh kita baca,ialah MCA dan DAP dah kira bersatu lah tu,nanti pilihanraya umum pun macam tu juga,mereka tak akan bertanding antara satu sama lian.Umno kena cari rakan kongsi baru,kalau mahu undi Cina ,atau pun lupakan saja orang Cina dan maufakat dgn partiABC(Asal Bukan Cina).

Anonymous
May 12, 2014 at 1:10 PM

'Saya banyak sabar', konon.
Tindakan bijak calon bebas dari PAS. Ini lah cara nya dan kesempatan untuk beri ceramah tentang HUDUD. Soal terima tak terima tak timbul. Yang penting informasi boleh disampaikan secara terbuka. Aku tak terkejut kalau yang menentang HUDUD sebenarnya umno jugak.

Pitam Sink
May 12, 2014 at 1:13 PM

Aku yakin Datuk Huan Cheng Guan (PCM) akan jadi MP Bkt Gelugor ni. Anak Kapal tu akan dibatalkan sebab parti DAPigs ni dah sah tak sah.. kah kah kah kiok!

Anonymous
May 12, 2014 at 1:15 PM

apa hang dok merepek ni pecacai Pakatan Haram????

Anonymous
May 12, 2014 at 2:55 PM

Ahli PAS (kalau betul) berbulu ayam yang membuat kejutan setelah terkejut dia dipilih untuk mengejutkan ahli barisan yang tak berapa terkejut.

Rakyat negara yang cerdik tak tekejut langsung kan!!!

Anonymous
May 13, 2014 at 1:00 PM

Umano kat Terengganu sedang bercakaran. 1000x lebih hebat dari pergaduhan ciptaan dalam pemilihan pkr.

Rakyat Sabah Sarawak boleh lihat mentaliti pemimpin barisan. Kes kenduri.

Betullah gak Najib ni tak kasi peluang langsung. Tapi isu sebenar. KUASA. KEMEWAHAN. PENIPUAN. TEKANAN KRONI.

Kat Sabah Sarawak pun ada. Tapi pengikutnya tak pandai demand lagi.... Lihat nanti.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger