PERSEMPADANAN SEMULA BOLEH MENANGANI KONFLIK TERAS DAN KOMPONEN BN SARAWAK


Isu yang melibatkan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) dan beberapa komponen BN Sarawak yang lain lebih terarah kepada pembahagian kerusi DUN Sarawak menjelang PRN Sarawak akan datang.

Ini susulan daripada kemasukan pemimpin komponen BN dari SPDP dan SUPP serta seorang pemimpin SWP yang sebelum ini mewakili Bebas.

Jika semua pemimpin TERAS itu bertanding dalam PRN Sarawak akan datang bermakna ia akan menyebabkan SPDP dan SUPP kehilangan banyak kerusi yang akan ditandingi mereka.

Juga, kemasukan bekas ADUN SWP di DUN Pelagus yang mana sebelum ini merupakan ADUN Bebas yang berjaya mengalahkan calon BN-PRS pada PRN Sarawak lepas yang kini menyertai TERAS.

Apakah jika TERAS diterima sebagai komponen BN maka ADUN Teras di DUN Pelagus akan turut bertanding dalam PRN Sarawak atas tiket BN sedangkan kerusi itu dikhususkan kepada PRS?

Demikian juga kepada SPDP dan SUPP kerana sekiranya kesemua ADUN TERAS sekali lagi dipilih sebagai calon pastinya mereka akan cuba mempertahankan kerusi itu dan akan berhadapan dengan calon SPDP dan SUPP yang juga komponen BN.

Inilah yang menjadi persoalan asas terhadap konflik TERAS dan komponen BN yang kini sudah kelihatan runcing sehingga menyebabkan berlakunya pergolakan politik di Sarawak.

Justeru, untuk menangani isu ini jalan terbaik adalah mewujudkan lebih banyak kerusi baharu di DUN Sarawak yang mana ia dapat menampung keperluan ADUN-ADUN yang kini menaungi TERAS.

Dengan persempadanan semula dan mewujudkan kerusi baharu nanti maka tiada lagi isu perebutan kerusi di kalangan ahli parti komponen Barisan Nasional (BN).

Memang diakui kebanyakan pemimpin TERAS mempunyai sokongan kuat daripada akar umbi dan ini sememangnya satu kerugian jika mereka tidak bersama BN.

Rakyat masih berkuasa untuk menentukan wakil rakyat mereka pada PRN akan datang dan terpulanglah kepada perjuangan parti-parti yang menepati cita rasa mereka.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
May 23, 2014 at 10:42 AM

Bee end ni kalau boleh nak tambah kerusi sebanyak mungkin. Jadi 500 ke, 1000 ke masih tak cukup nak agih ke kekawan2. Sebab mereka hanya nak kerusi bukan nak menjadi wakil rakyat yang adil.

Hampeh...

Anonymous
May 23, 2014 at 6:44 PM

Inikah ciri2 pemimpin yang penyokong bee end cakap Sabah Sarawak akan maju perlahan2? Confirm perlahan......

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger