PENYOKONG MARAH BILA ADUN BN TERENGGANU UMUM KELUAR BN DAN UMNO




Apabila sudah tidak lagi menjadi Menteri Besar tidak usahlah mengambil tindakan drastik sehingga mengambil keputusan keluar parti BN dan UMNO sebagai jalan terakhir akibat keputusan yang telah diambil.

Ini lebih menjurus kepada tindakan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil, Ghazali Taib yang mengisytiharkan keluar daripada UMNO dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Ahmad yang juga ADUN Kijal dalam salinan surat bertarikh 12 Mei yang dihantar kepada Setiausaha Agung BN awal pagi ini berkata:“Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuat kuasa serta merta."

Beliau dan Ghazali juga mengisytiharkan keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas masing-masing bagi kawasan Kijal dan Ajil.

Tidak lama selepas itu, ADUN Bukit Besi, Roslee Daud mengisytiharkan keluar daripada UMNO dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Roslee yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri dalam salinan surat bertarikh 13 Mei yang dihantar kepada Setiausaha Agung BN pagi tadi berkata:“Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuat kuasa serta merta."

Menilai kepada tindakan ketiga-tiga ADUN ini jelas bukan sahaja bertindak atas kepentingan peribadi tetapi juga lebih bersifat ‘membalas dendam’ akan keputusan yang telah dibuat Datuk Seri Ahmad Said bersama Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak selepas PRU-12 lepas.

Manakala, bagi rakyat Terengganu dan penyokong BN yang sebelum ini bersengkang mata bagi memastikan calon BN menang dan menjadi Yang Berhormat serta menjadi wakil rakyat dalam menyuarakan permasalahan rakyat di kawasan.

Dan, kemarahan penduduk Terengganu dan penyokong BN mulai dirasai apabila berkumpul di Pekan Ajil di sini petang tadi bagi menyatakan bantahan terhadap ADUN Ajil, Ghazali Taib yang bertindak keluar parti dan menjadi ahli Bebas.

Mereka kesal kerana Ghazali yang dipilih berasaskan sokongan mereka terhadap UMNO membelakangkan mereka dengan mengambil langkah drastik bersama-sama dengan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said ekoran berlakunya peralihan kepemimpinan negeri.


Ghazali bertanding buat kali pertama dalam pilihan raya umum lalu dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-tugas Khas Negeri.
Share this article :
 

+ comments + 5 comments

Anonymous
May 13, 2014 at 9:11 PM

Nampaknya makin ramai si pemimpin Islam/Melayu BONGKAK dlm. UMNO, yg. tak pernah hidup susah, di suap sudu 'emas' dr. lahir - takkan dengaq cakap rakyat miskin dan tertindas terutamanya umat Islam/Melayu! Tahu nak cakap psl. jadi negara maju dan pelaburan berlambak dr. si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS, termasuk nak masuk TPPA (yg. sebenaqnya ejen tempatan utama si Barat-ZIONIS ini ialah dr. si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM), sedgkan maruah dan hak agama, bangsa dan negara, serta TANAH PUSAKA nenek moyang Islam/Melayu kita terus TERGADAI! Maklumlah si puak Islam/Melayu LIBERAL, samada dlm. PAS/UMNO/PKR kan makin ramai dan asyik nak JILAT kasut si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL RASIS mcm. hamba abdi!

Memang BALAnya buat umat ISLAM/Melayu kalau Terengganu jatuh kat PRJAHANAM – ini bukan psl PAS sebab PAS adalah KULI si KAPIRDAJALDAPBANGKAI/PKRSODOM; sampai takut nak laksana Huum Hudud ALLAH SWT!

Sedih betul –YB DS Ahmad Said dianiaya sebegini; bahkan majlis perkahwinan anaknya yg. begitu penting (pd. setiap ibubapa- apalagi pemimpin ISLAM/Melayu/UMNO yg. BERJASA begini), dicemarkan dan dianggap begitu remeh!
Dahlah tu dilapurkan di Utusan:

….ADUN Pengkalan Berangan, A. Latiff Awang turut menyatakan berdiri teguh sebagai ahli UMNO dan tidak akan sesekali meninggalkan parti keramat itu yang sudah menjadi asas perjuangannya dari dulu, kini dan selamanya.

Anggota Exco kerajaan negeri itu menyatakan rasa sedih dan kesal
dengan peristiwa yang tak sepatutnya berlaku di negeri ini sekarang.

``Saya amat kesal kerana kebanyakan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan Ketua UMNO Bahagian tidak pernah diajak berbincang oleh mana-mana pemimpin tertinggi parti dalam hal pertukaran Menteri Besar,'' ujarnya.

(di http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140513/po_24/3-ADUN-BN-nyatakan-pendirian , 3 ADUN BN nyatakan pendirian)

Aku harap hal ini TIDAK berkaitan dgn. cadangan YB DS Ahmad Said nak melaksanakan Hukum Hudud kat Terengganu kalau Kelantan mengamalkan Hukum Hudud, dan juga kerana DS Ahmad Said, nak mengamalkan pelancongan berdasarkan ISLAM di Tasik Kenyir - di mana satu dr. air terjunnya hanya utk. kaum wanita!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN ISLAM/umatnya, Kesultanan Melayu, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

May 13, 2014 at 11:26 PM

Tgok TV3 TD xramai pun ..bangla pun ada..APA cer

Anonymous
May 14, 2014 at 12:15 AM

Apa bro, lain macam bunyi . Macam beribu yg turun. Check yr facts first.

Anonymous
May 14, 2014 at 7:53 AM

apa la salahnya klu tunggu lagi dalam 4 hari selepas perkahwinan anak MB baru diadakan pertukaran.. kata melayu tapi macam tak beradab.... mcm tak sabar jak pihak yg nak mengganti kan beliau.... perkara mcm ni lah yang menyebabkan perpecahan dalam UMNO... kerana KUASA!!!!

Anonymous
May 14, 2014 at 9:30 AM

Rakyat Sabah Sarawak. Perangai pemimpin barisan ni sama saja kat Semenanjung. Mata duitan, gila harta, sombong untuk golongan atasan.

Mat said tu siapa di mata anak bekas pm dan kerabatnya?????????????????? Lu sapa?????????????????

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger