PENGAWAS PEMILIHAN PKR CABANG BATANG SADONG AKUI MEMIHAK KEPADA SALAH SEORANG CALON TIMBALAN PRESIDEN PKR


Jika dalam PRU-13, PKR lantang hingga sanggup memfitnah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam melaksanakan pilihan raya khususnya mengenai pengundi hantu, pengundi Bangladesh mahupun berlakunya black out.

Dan, seolah-olah terkena batang hidung sendiri apabila Pemilihan PKR 2014 yang sedang berlangsung kini diseliputi pelbagai masalah termasuklah keraguan yang munasabah.

PKR tidak pernah mengambil pendekatan penambahbaikan Pemilihan PKR 2010 dahulu yang mana objek seperti kerusi dan peti undi terbang disebabkan rasa tidak puas hati pengundi mahupun kumpulan calon yang bertanding.

Pemilihan PKR 2014 telah digemparkan dengan permasalahan sewaktu pengundi berlangsung seperti yang berlaku di Cabang Batang Sadong.

Semacam telah dirancang, kumpulan ‘pengawas’ yang mengawasi Pemilihan PKR 2014 Cabang Batang Sadong merupakan kumpulan penyokong salah seorang calon Timbalan Presiden PKR dan ini sangat meragukan.

Ini telah diberitahu sendiri oleh pengawas pemilihan ketika siasatan dijalankan dan pastinya suatu kegemparan.

Sehubungan itu, PKR memutuskan Pemilihan PKR Cabang Batang Sadong dibatalkan termasuklah menggantung pengawa yang bertugas semasa pemilihan sebelum ini.

Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR mendapati banyak unsur keraguan berlaku sepanjang proses pengundian dan sebab itu PKR memutuskan Pemilihan PKR Cabang Batang Sadong dibatalkan.


Antara keraguannya ialah jumlah keluar yang keluar mengundi tidak sama dengan jumlah kertas undi yang dikeluarkan dan corak tulisan pada kertas undi dikatakan ditulis oleh orang yang sama.


Inilah demokrasi PKR yang tidak pernah terlepas daripada 1001 macam permasalahan dan penipuan khususnya dalam pemilihan PKR dan ini juga berlaku dalam DAP dan PAS sebelum ini.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
May 2, 2014 at 7:20 PM

Anjing dan lembu cacai Parti Kroni Rasuah mana nak percaya. Semua bodoh ikut je.. .

May 3, 2014 at 1:12 PM

Lebih tolol ialah individu yg muatturun "berita" tersebut dlm internet.Samalah dgn perbuatan berak di halaman rumah sendiri dan baunya semua terkena orang lain.

PKR tak boleh dianggap "the bigger brother" dlm Pakatan.Nampaknya peranan itu layak diambil Dapork.Jika menang ke Putra Jaya GuanEng akan jadi PM (masa tu Nuar masih dlm jel hehe).Maka Pakatan akan terus berak di halaman rumah sendiri.Dlm kerakusan men"demand" pangkat/jawatan mereka akan membuka cerita2 jahat lawan masing2.Dah tentu cerita Azmin dlm jambatan makin popular.

Jgn beri kepercayaan kpd Pakatan.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger