NURUL IZZAH NEKAD CERAI DAN FAILKAN PERMOHONAN HAK PENJAGAAN ANAKNYA

                             

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memfailkan permohonan untuk mendapatkan hak penjagaan dua orang anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Nurul Izzah membuat permohonan tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah hari ini dan Hakim Amran Mat Zain menetapkan 17 Jun 2014 untuk Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim melantik secara rasmi peguam untuk mewakilinya biarpun peguamnya, Azmi Rais hadir di mahkamah bagi pihaknya.

Azmi yang hadir di mahkamah bersama dengan Zulkifli Che Yong sebagai peguam, memberitahu pemberita bahawa anak guamnya kini berada di London dan tidak dapat melantik mereka secara rasmi.

Sebelum itu Nurul Izzah dan peguamnya Nor Mawaddah Ramli dan Azmi bertemu dengan hakim dalam kamar.

Permohonan mendapatkan hak penjagaan dua anaknya merupakan tambahan kepada permohonan Nurul Izzah untuk bercerai dengan suaminya.

Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir mempunyai seorang anak perempuan berusia tujuh dan seorang anak lelaki yang berusia empat.

Nurul Izzah memfailkan permohonan hadanah (hak penjagaan) di Mahkamah Tinggi Syariah KL pada 30 April.

Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
May 30, 2014 at 3:33 PM

Heboh kes nak bercerai Nurul. Banyak isteri2 pemimpin bee end makan hati ulam jantung siapa tahu. Suami kaya raya nak minta pisah rasa rugi...

Sebetulnya jangan bawa fitnah. Hidup mati dan perkahwinan dalam takdir Allah swt.

Anonymous
June 4, 2014 at 1:08 PM

Sultan Melaka sanggup jadi pengganti!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger