MENTERI BESAR SELANGOR KHALID IBRAHIM SOKONG IDEA GST


Biarpun ramai pemimpin dan ahli parti pembangkang yang tidak bersetuju kepada pelaksanaan GST yang disifatkan mereka kejam dan menyusahkan rakyat, namun tidak semua daripada mereka tidak menyokong GST.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara peribadi menyokong pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), namun menganggap masanya belum sesuai.

Ini kerana pendapatan rakyat perkapita masih belum seimbang dan sekaligus menyukarkan pelaksanaannya.

"Bukan masanya untuk laksanakan GST kerana keadaan pendapatan (rakyat) sekarang tidak seimbang. Apabila cukai dikenakan, orang yang kurang berduit akan merasa beban," katanya kepada pemberita.


Pelaksanaan GST itu nanti bukan sahaja meningkatkan jumlah pendapatan negara bahkan akan memberikan manfaat kepada pengguna kerana hanya dikenakan cukai sebanyak 6 peratus sahaja berbanding cukai SST sekarang ini sebanyak 16 peratus.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger