KHALID IBRAHIM BERPELUANG CERAH MENANG JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN PKR



Biarpun penyandangnya Azmin Ali mendahului bagi merebut jawatan itu dengan 5,111 undi setakat ini namun ia tidak akan bertahan lama.

Dengan Sabah dijangka menjadi penentu kepada pemilihan kali ini dengan mempunyai 26 cabang pemilihan yang pastinya tertumpu kepada persaingan jawatan Timbalan Presiden yang melibatkan 4 pencalonan.

Selain Sabah, Kedah yang mempunyai 15 cabang dan Perlis 3 cabang juga akan turut mengadakan proses pemilihan yang sama Sabtu.

Dengan 26 cabang, majoriti cabang PKR di Sabah akan memilih Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim bagi jawatan Timbalan Presiden PKR.

Ini kerana imej dan reputasi Azmin Ali sangat negatif di kalangan ahli-ahli PKR di Sabah dan perkara yang sama tidak mustahil berlaku di Kedah dan Perlis.

Khalid yang sejak kebelakangan ini berjaya membuka mata rakyat Selangor dan kepimpinan PKR di peringkat cabang dengan berkeras tidak akan menjadi bonek Anwar Ibrahim dan melakukan keputusan yang terbaik untuk rakyat dan bukan kepentingan politik sendiri seperti yang diamalkan kebanyakan pemimpin PKR.

Selain Azmin dan Abdul Khalid, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution turut bersaing merebut jawatan Timbalan Presiden itu.


Begitupun, Saifuddin dikatakan agak ketinggalan jauh ke belakang dan tidak mampu untuk menarik sokongan ahli-ahli PKR seluruh negara biarpun beliau menjawat jawatan Setiausaha Agung PKR.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger