KETUA PEMBANGKANG PERTAHANKAN TINDAKAN RSN RAYER TERHADAP UMNO


Biarpun berketurunan Melayu dan pernah bersama UMNO suatu ketika dahulu sedikit pun Ketua Pembangkang tidak mempunyai niat mahu membela bangsa sendiri bahkan rela dihina dan dicaci sebegitu rupa.

Biarpun orang ramai dan pemimpin BN dalam komponen lain menyanggah akan perbuatan ADUN DAP Seri Delima, RSN Rayer yang mengeluarkan perkataan biadab terhadap pemimpin UMNO di dalam sidang DUN Pulau Pinang, namun sedikit pun tiada rasa simpati daripada pemimpin Melayu daripada Pembangkang.

Demi kepentingan politik dan mahu menjaga hubungan kepartian bersama DAP, sanggup pemimpin Melayu PKR dan PAS berdiam diri hingga tidak mahu memberi komen terhadap kebiadaban pemimpin DAP itu.

Malah, sebaliknya mereka ini mempertikai tindakan UMNO yang menjadikan isu kebiadaban RSN Rayer itu sebagai isu nasional.

Akibatnya berlaku kerenggangan antara hubungan kaum di Malaysia ini hanya berpunca daripada sikap pemimpin politik yang tidak profesional.

Harus diingat juga bahawa mereka yang mengundi pemimpin terdiri daripada pelbagai kaum di kawasan Parlimen atau DUN.

Sebaliknya, Ketua Pembangkang itu mempertikaikan tindakan pemimpin UMNO yang tidak menegur RSN Rayer dalam sidang DUN pada Selasa lalu.

Apa yang pasti Ketua Pembangkang BN Pulau Pinang sebelum ini pernah membantah kata-kata kesat di dalam DUN Pulau Pinang ketika RSN Rayer mengeluarkan kata-kata kesat itu tetapi tidak diendahkan Speaker Dewan.

Pemimpin UMNO di DUN Pulau Pinang juga sudah membuat usul di dalam dewan tetapi tidak diendahkan Speaker Dewan.

Semua ini telah dijelaskan dalam sidang akhbar pemimpin BN Pulau Pinang yang mengutuk tindakan RSN Rayer itu dan mahu pemimpin DAP itu meminta maaf.


Begitu pun dengan angkuh, pemimpin DAP itu berkeras tidak akan meminta maaf biarpun telah didesak oleh pemimpin pembangkang yang lain bagi tidak mengeruhkan hubungan kaum di Malaysia.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
May 26, 2014 at 6:47 PM

Melayu UMNO sememang nya Celaka dan Bangsat, mengakulah kelemahan org2 UMNO ini yang rata2 mencuri dana Negara, jadi kaki betina dan arak , menutup kes membunuh yg dilakukan oleh org2 UMNO. Jadi parti UMNO adalah parti tong sampah. Hanya layak mewakili manusia yg durjana.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger