KERANA HUDUD MCA CATAT SEJARAH TIDAK BERTANDING #PRKBUKITGELUGOR




Buat pertama kalinya MCA yang merupakan salah satu komponen BN mengesahkan bahawa mereka tidak akan meletakkan calon dalam PRK Bukit Gelugor yang dijadualkan diadakan pada 25 Mei ini.

Perkara itu telah disahkan Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan yang menyifatkan keputusan tersebut telah dimuktamadkan dalam mesyuarat parti berkenaan.

"Keputusan ini dicapai sebulat suara dalam mesyuarat MCA selepas kita mempertimbang pelbagai faktor dan Pengerusi BN juga menerima perkara ini.

Menurut Ka Chuan, antara pertimbangan yang diambil MCA dalam membuat keputusan tidak bertanding adalah bagi memberi tumpuan kepada krisis Perlembagaan yang dicetuskan PAS mengenai hukum hudud.

Sementara itu, ahli PAS Gombak, Mohamed Nabi Bux Mohd. Nabi Abd. Sathar, 63, terdahulu telah menawarkan diri untuk bertanding dalam PRK Parlimen Bukit Gelugor.

Bagaimanapun, sekiranya pimpinan PAS Pusat tidak bersetuju dengan tindakannya maka Mohamed Nabi Bux yang juga bekas Setiausaha PAS Cawangan Kampung Banjar, Batu Caves akan bertanding dalam PRK berkenaan atas tiket Bebas.

Beliau mengambil keputusan bertanding dalam PRK Bukit Gelugor bagi memperjuangkan hukum hudud PAS supaya dapat dilaksanakan di negeri ini menjelang 2020.

Jika Kelantan sudah bersedia untuk melaksanakan hukum hudud, mengapa tidak Pulau Pinang sedangkan negara ini merupakan negara Islam," katanya.

PRK Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Tapah, Perak bulan lalu.


Setakat ini, selain Mohamed Nabi Bux, tiga pihak lain turut menawarkan diri bertanding dalam PRK berkenaan iaitu Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan, wakil parti yang baharu dibentuk, Penang Front Party (PFP) dan calon bebas, Mohd. Yacoob Mohd. Noor.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger