DUN SARAWAK LULUSKAN USUL KENAIKAN ROYALTI MINYAK SEBANYAK 20 PERATUS


Seramai 68 Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak secara sebulat suara menyokong sekaligus meluluskan usul mengenai permohonan menaikkan 20 peratus royalti minyak dan gas kepada kerajaan persekutuan semasa Persidangan DUN Sarawak yang berlangsung dari 5 hingga 15 Mei ini.

Usul itu telah dibawa dipinda dan dibahaskan oleh Abdullah Saidol (BN-Semop) serta disokong Snowdan Lawan (BN-Balai Ringin) yang mahu lebih banyak dana kepada Sarawak bagi menaik taraf infrastruktur pembangunan khasnya di kawasan desa.

Sarawak sehingga kini menerima lima peratus royalti minyak dan gas iaitu kira-kira RM600 juta hingga RM900 juta.

Bagaimanapun, usul itu sebelum ini pernah dikemukakan Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) bagaimanapun telah dipinda dengan memasukkan beberapa perkara bersesuaian dengan hasrat kerajaan mahukan lebih banyak peruntukan bagi membiayai pembangunan di kawasan luar bandar.

“Sebelum Persidangan DUN, saya dan rakan-rakan Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBCC) memang bercadang untuk membangkitkan isu permohonan kenaikan royalti minyak untuk Sarawak.

“Pada asalnya kami mahu ia menjadi ucapan semasa menggulung ucapan Yang di-Pertua Negeri namun kami telah sepakat memutuskan ia dalam bentuk usul.

“Maka tidak ada isu kami ‘merampas’ (hijacked) usul ini daripada ADUN Kota Sentosa (Chong Chieng Jen) kerana kami bentangkan dengan cara kami sendiri,” kata Abdullah pada sidang media di DUN, semalam.

Menurut Abdullah, usul kenaikan royalti minyak yang dibawa Chong Chieng Jen lebih kepada mahukan kerajaan pusat untuk menaikkan royalti minyak dan gas daripada lima peratus kepada 20 peratus.

Abdullah semasa membahaskan usul berkenaan sebelum itu berkata, tujuan usul berkenaan juga antara lain untuk merapatkan jurang pembangunan antara Sarawak dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

“Kita akui untuk membuat semakan semula royalti ini bukan perkara mudah namun ia perlu melalui saluran yang betul bukan sahaja dengan melihat perjanjian perlembagaan yang kita persetujui tetapi perkara lain,” tegasnya.


Untuk keazaman mereka, Abdullah yang juga pengerusi BNBCC bersama ahli lain dijangka mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri atau menteri berkaitan bagi membincangkan perkara ini lebih terperinci agar ia dapat dilaksanakan dengan jayanya nanti.
Share this article :
 

+ comments + 6 comments

Anonymous
May 7, 2014 at 8:40 AM

Minta mau lebih. Dapatlah naik jadi 6% kot. Mana nak cari duit. MH dah hilang. Hujung tahun datang lak bencana alam. Skarang pun duit tak cukup sampai nak kena laksana cukai baru. Atau boleh janji lagi 4-5 tahun. Lepaslak PRU satu lagi.

Kalau naik, pastikan duit sampai ke rakyat. Kalau tak naik, kasi tukar terus ke Pakatan kerana Pakatan dah lama perjuang isu ni.

Anonymous
May 7, 2014 at 8:52 AM

Pakatan rakyat usah cerita pasal berjuang...jika tak mampu amalkan kesetiaan dan hormat dalam kerajaan. Entah pandai atau tak mahu pandai, kita suruh pemimpin DAP menyanyikan lagu Negaraku atau Sarawak Tanahairku...ucapan dalam bahasa Malaysia pun tersekat-sekat...

Anonymous
May 7, 2014 at 10:30 AM

Kalau Pakatan tak boleh cerita pasal berjuang. Mari kita cerita pasal perjuangan barisan selama 50 tahun lebih.

Berjuang untuk Melayu. Tanah Melayu semakin hilang. Sosial dan jadi sial.
Berjuang untuk negara. Sempadan bolos tiap hari.
Berjuang untuk agama. Bukan Islam masih tak faham apa Islam atau hudud.
Berjuang untuk Malaysia. Sabah Sarawak ketinggalan
Berjuang untuk Kehormatan? Hormat pemimpin sampai anak mereka kaya raya, biarkan
Berjuang untuk...... Korang listlah sendiri.

Cuba kita beri peluang Pakatan memerintah untuk melihat hasil perjuangannya.

Setidak2nya Pakatan berjaya menyedarkan DAP untuk bersama demi Malaysia yang lebih adil.

Anonymous
May 7, 2014 at 11:50 AM

Setidak2nya Pakatan berjaya menyedarkan DAP untuk bersama demi Malaysia yang lebih adil.----> adil la sangat..........dah dapat kuasa esok. Merempat la kaum pribumi ni.

May 7, 2014 at 9:57 PM

benar pakatan berjuang utk rakyat...sampai rakyat selangor tak ada air. sampai naikkan cukai rumah. Di penang pula sampai masyarakat melayu disisihkan dengan membangunkan rumah-rumah mewah diluar kemampuan mereka. kampung india dan kedai-kedai bumiputera pula dirobohkan. bagus sangat lah tu...

Anonymous
May 15, 2014 at 11:55 AM

Kemampuan BN telah diketahui dan terbukti.Manakala Pakatan telah membuktikan betapa mereka berbohong.

Pakatan cakap kebebasan bersuara tapi tidak membenarkan RTM,Straits Times,TV3 dan Utusan Malaysia membuat liputan DUN P.Pinang dan semua "Penang's state functions".Dan sikit2 Guan Eng akan "saman" newspaper.Atau Anwar mengugut "see u in court kalau ulang".

Itu baru satu contoh.Nak lagi..rujuk Buku Jingga Pakatan.Satu pun belum ditunai.Bukankah itu berbohong?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger