DI MANAKAH PERHIMPUNAN AMAN YANG DIJANJIKAN PAKATAN PEMBANGKANG?


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu @ Mat Sabu, Naib Presiden PKR, Tian Chua dan juga Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang sebelum ini memberi jaminan kepada polis bahawa Perhimpunan Anti GST yang diadakan pada semalam, 1 Mei 2014 di Kuala Lumpur adalah suatu rekaan sahaja.

Melihat kepada sejarah Perhimpunan Haram yang dianjurkan Pakatan Pembangkang, tiada satu pun yang diadakan dengan aman malah berakhir dengan kesengsaraan dan kekejaman serta kezaliman.

Dengan jumlah yang tidak mencapai target, jelas menunjukkan rakyat kini mula sedar bahawa Perhimpunan Haram anjuran Pakatan Pembangkang ini membawa musibah dan sia-sia sahaja.

Dengan bertemakan membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), perhimpunan petang semalam boleh dianggap sebagai tidak berjaya.

Di sebalik membantah GST, perhimpunan haram itu juga gagal memikat hati rakyat yang telah percaya perjuangan di jalanan hanya sia-sia dan membuang masa.

Dengan peserta mula berkumpul seawal jam 1.00 petang mula beredar awal ekoran tiada sesuatu yang menarik buat mereka dan hanya membazir masa, mula beredar dari kawasan dataran tersebut pada pukul 4.30 petang.

Malah, kekasaran berlaku ke atas jurugambar dan wartawan yang membuat liputan sepatutnya tidak berlaku, tetapi inilah yang berlaku.

Justeru, polis didesak mengambil tindakan tegas ke atas penganjur dan peserta perhimpunan haram membantah GST anjuran pembangkang di Dataran Merdeka semalam yang jelas melanggar syarat ditetapkan mengikut Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.


Seperti perhimpunan pembangkang sebelum ini, ia turut menyaksikan perlanggaran Akta Perhimpunan Aman apabila ada peserta membawa kanak-kanak ke perhimpunan haram.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger