CADANGAN LETAK MAT SABU BERTANDING DI PRK BUKIT GELUGOR LANDASAN FAHAMI HUDUD


Inilah masa yang sesuai buat PAS menerangkan kepentingan hukum hudud kepada rakyat khususnya kepada bukan Islam dalam kempen PRK Bukit Gelugor.

Sebelum ini rakan PAS dalam Pakatan Pembangkang seperti DAP dan PKR secara terang menolak hudud yang cuba dibawa PAS dalam pelaksanaannya di Kelantan.

Justeru, pemimpin yang sesuai mengetengahkan pentingnya pelaksanaan hudud itu ialah Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu.

Selain mempunyai kebijaksanaan dalam berpidato dengan mimik muka dan lawak jenaka, Mat Sabu juga sehingga kini masih belum menyatakan pendiriannya terhadap hudud berbanding Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yag secara terang menyatakan persetujuan yang dibawa Menteri Besar Kelantan.

Inilah masa yang sesuai buat PAS dengan menjadikan PRK Bukit Gelugor sebagai platform untuk mereka menerangkan kepada masyarakat bukan Islam dalam siri kempen politik.

Ini disebabkan kawasan Parlimen Bukit Gelugor ini adalah majoritinya terdiri daripada masyarakat Cina, dan kaum tersebut tidak fahami hudud, jadi ini adalah peluang terbaik untuk PAS menjelaskan pengertian hukum hudud terhadap masyarakat Cina.

Bagi Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao bagi memastikan hukum hudud difahami oleh masyarakat bukan Islam, elok Mat Sabu dicalonkan di kawasan tersebut, selain bersesuaian dengan semangat muafakat yang dijalinkan dalam Pakatan Pembangkang.

Untuk rekod, pada PRU13 lalu, Mat Sabu telah ditewaskan oleh calon BN, Datuk Othman Abdul bagi kerusi Parlimen Pendang.

Untuk itu, Mat Sabu tidak memegang mana-mana kerusi Parlimen lagi, oleh itu mengikut perkiraan Mat Sabu dikira layak untuk bertanding di Bukit Gelugor.

Adalah tidak menjadi masalah sekiranya PAS bertanding di kawasan Bukit Gelugor biarpun kawasan itu menjadi hak milik DAP.


Sebagai sebuah hubungan tahalufsiyasi, DAP sewajarnya memberikan peluang kepada PAS bertanding kerana dengan sejarah majoriti kelima tertinggi dalam sejarah PRU-13, PAS sekiranya bertanding tidak mempunyai masalah untuk menang.
Share this article :
 

+ comments + 4 comments

May 6, 2014 at 8:37 AM

HEHEHE..BERTANDINGLAH...SILA LAH..HEHHEHE

Anonymous
May 6, 2014 at 11:09 AM

Kerja barisan di Semenanjung hanya memfitnah dan mengadu domba. Harap agar Pakatan kucar kacir. Namun rakyat Sabah Sarawak akan lihat betapa Pakatan akan terus kukuh dalam menumbangkan barisan.

Semua pemimpin Pakatan mata duitan. Cuma bekerja keras untuk menakluk Putrajaya dalam misi menukar sistem pemerintahanh yang adil. Mat Sabu adalah diantaranya.

Jika dalam barisan tentulah dia akan meminta jawatan macam2 apabila dilihat kerja kerasnya. Namun dia tetap mengikut arahan pemimpin sehinggga kini.

Banyak sangat pemimpin Sabah Sarawak macam chipsmore. Itu kenyataan. Jangan malu untuk berubah. Rakyat kena pilih pemimpin yang betul. Jangan terpengaruh duit tapi anak cucu tergadai. Paling teruk pun biar pemimpin lari tapi perjuangan rakyat mesti diteruskan.

Itu yang rakyat Sabah Sarawak perlu belajar dari Pakatan demi untuk kemajuan semua.

Anonymous
May 6, 2014 at 6:04 PM

HUDUH???!!! Hudud Sunni haramkan nikah mutaah oooiii!!!!!

May 7, 2014 at 10:03 PM

Rakyat sarawak perlu belajar dari pakatan mcm mana nak kira undi dalam bilik hotel. Dasar penipu....kata dulang paku serpih.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger