BIARPUN DIFITNAH DAN DIHERDIK ADENAN CATAT SEJARAH JUMPA PEMBANGKANG SARAWAK


Dalam politik tiada apa yang mustahil termasuklah yang menarik balik surat keluar parti seperti mana yang berlaku dalam UMNO di Terengganu.

Di Sarawak, sejarah tercipta apabila Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem telah mengadakan perjumpaan dengan ADUN daripada parti-parti pembangkang di Dewan Undangan Negeri semalam.

Pertemuan kira-kira sejam lebih yang bermula jam 12.30 tengah hari itu diketuai Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen dan Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian berlangsung di Pejabat Ketua Menteri, Tingkat 5, Kompleks Dewan Undangan Negeri.

Selain mengadakan perbincangan, kesemua kepimpinan Pakatan Pembangkang menikmati makan tengah hari bersama Adenan.

Sebaik sahaja selesai makan tengah hari, Adenan yang ditemui menyifatkan perjumpaan tersebut adalah ‘saat bersejarah’ di mana ia adalah pertama kali wakil-wakil rakyat pembangkang mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri baharu.

“Ia adalah permulaan yang baik walaupun kami mempunyai perbezaan politik tetapi sekurang-kurangnya masih terdapat beberapa perkara yang boleh kita capai,” katanya.

Sementara itu, Chong berkata antara isu yang DAP kemukakan kepada Adenan ialah memberi jaminan akan bekerjasama bagi polisi-polisi yang benar dan adil.

Manakala, bagi Pengerusi BNBBC, Abdullah Saidol berkata perjumpaan tersebut adalah sangat mesra dan akan membantu kepada kemajuan Sarawak pada masa depan.


“BN mempunyai cara sendiri untuk memikirkan apa yang perlu dilakukan dan pembangkang juga begitu tetapi adalah lebih baik untuk kedua-dua pihak saling bertimbang rasa dan toleransi, bukannya melampau dalam banyak perkara,” katanya.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

May 16, 2014 at 9:40 AM

Betulkah ni?

May 17, 2014 at 12:50 PM

Jika KM mengamal politik yang ikhlas, bersih dan terbuka, dia akan dikenang dan disanjung oleh rakyat. Kuasa itu datangnya daripada Allah SWT, jadi seandainya KM mengamalkan atau melaksanakan pemerintahan yang benar, ikhlas, adil, terbuka insya Allah beliau akan terus meneraju Sarawak selagi beliau ada kemampuang! Tahniah kepada KM.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger