BENARKAH AHLI SAMM BUNUH SEORANG AHLI UNIT AMAL PAS DALAM KEZALIMAN PERHIMPUNAN AMAN?


Sepatutnya semalam, 1 Mei 2014 yang merupakan Hari Pekerja sepatutnya disambut rakyat Malaysia dengan berrehat dan santai bersama keluarga dan bukannya menyertai perhimpunan haram.

Namun, itu tidak berlaku apabila sebahagian daripada penyokong Pakatan Pembangkang yang menyertai perhimpunan haram telah menyertai dengan membawa sekali isteri dan anak-anak.

Lebih tragis lagi berlaku pergaduhan yang membabitkan ahli-ahli Soliditari Anak Muda Malaysia (SAMM) (walaupun dinafikan CheguBard) dengan Unit Amal PAS yang bertindak mengetuai perhimpunan haram itu selepas mendapat lampu hijau daripada Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu.

Dalam kejadian tersebut, difahamkan salah seorang unit amal PAS, telah ditikam dan disahkan mati ditempat kejadian.

Suspek yang merupakan ahli SAMM berjaya ditahan polis setelah cuba melarikan diri daripada kepungan kumpulan pendemo di Dataran Merdeka.

Polis juga telah menahan beberapa ahli SAMM bagi mendapatkan keterangan berhubung insiden itu.

Selain insiden tragis itu, perhimpunan haram itu juga telah dijadikan platform utama bagi sesetengah pihak menonjolkan diri mereka di hadapan khalayak.

Ini termasuklah sekumpulan pemuda Cina yang mengaku mengamalkan homoseksual dengan membawa sepanduk yang tertera perkataan, 'Kami homoseksual, kami menentang GST' dan 'Tidak kira saya tidur dengan siapa, tetapi saya menentang GST'’.


Kecelaruan juga timbul apabila ada peserta turut membawa sepanduk-sepanduk yang sama sekali tiada kaitan dengan matlamat perhimpunan seperti tuntutan royalti minyak untuk Kelantan dan kes kematian Teoh Beng Hock. Malah lebih melucukan ada pula kelompok melaungkan slogan mengecam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
May 2, 2014 at 5:13 PM

Untuk pengetahuan penduduk Sabah Sarawak yang jauh disana. Cerita ini satu lagi siri fitnah dicipta untuk merosakkan Pakatan.

Kepada siapa yang ada saudara mara di pendalaman, tolong sampaikan. Cerita samseng dan gaduh2 ni dalam barisan banyakla..

Anonymous
May 3, 2014 at 6:17 PM

Orang Sabah dan Sarawak geleng kepala tengok. Kami di sini besyukur hidup jauh dari Semenanjung. Aman tenteram..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger