ADUN DAP CADANG TUBUH JAWATANKUASA TRANSGENDER


Sangat bertentangan dengan kehidupan masyarakat majmuk dan Islam agama rasmi Malaysia apabila ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu mencetuskan kontroversi dengan mencadangkan penubuhan jawatankuasa transgender.

Tujuan penubuhan jawatankuasa ini kononnya bagi membela golongan berkenaan sekali gus menunjukkan kesamarataan yang diamalkan Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Lebih memburukkan keadaan apabila cadangan Yee Cheu itu telah dipanjangkan kepada kerajaan negeri untuk dibawa kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

Malah, Yee Cheu berharap cadangan berkenaan dapat dibahaskan semasa persidangan DUN yang dijadualkan bermula dua minggu lagi.

Jika DUN Pulau Pinang meluluskan cadangan itu maka Pulau Pinang merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang bersetuju dan menyokong amalan transgender.

Alasan ADUN DAP itu berhubung penubuhan jawatankuasa transgender ini juga adalah bertujuan supaya rakyat Pulau Pinang dapat memahami berkenaan kehidupan golongan transgender yang sering dipinggirkan serta bentuk-bentuk diskriminasi yang sering mereka hadapi.

Cadangan itu dilihat bertentangan dengan penolakan majoriti masyarakat negara ini terhadap budaya lesbian, gay, biseksual dan trangender (LGBT) malah seolah-olah sealiran dengan perjuangan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango).
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
May 8, 2014 at 3:09 PM

Kat Penang tu wujud ramai sotong hasil pemerintahan barisan dulu. Kalau betul ada jawatankuasa boleh bentuk mereka semula baguslah.

Dapat isu kat barisan, spin konon nak galakkan transgender. Barisan kat Penang dah jadi lumut dah..

Anonymous
May 8, 2014 at 3:42 PM

aieh mana mungkin Barisan yg hasilkan transgender.Tak masuk akal.Di AS pun ramai jenis tu,bukan ada BN pun.Fikirlah.Ada otak pakai.

Anonymous
May 8, 2014 at 5:54 PM

Cakap suruh pakai otak. Dah aku cerita tanggungjawab kerajaan bn dulu kat Penang.

Kat AS tu, kerajaan mereka la yang menghasilkan kaum tu... Suruh pakai otak mana ni.... atau kau guna otak lain??

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger