ADENAN SATEM SAMBUT BAIK PARTI BARU TERAS DENGAN TANGAN TERBUKA


Akhirnya Ketua Menteri Sarawak merangkap Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem bersuara berhubung tindakan beberapa Menteri dan ADUN dari SPDP dan SUPP keluar parti dan menyertai Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) sebagai penyambung masa depan politik mereka.

Tanpa berselindung, Adenan menyokong dan menyambut baik penubuhan TERAS untuk menyertai BN Sarawak dan berjanji akan membantu TERAS dalam proses permohonannya itu dalam masa terdekat.

"Saya akan memaklumkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengenai perkembangan ini," kata beliau pada sidang media di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia.

Berhubung rombakan kabinet yang tercetus ekoran keputusan beberapa ADUN yang berstatus menteri keluar parti, Ketua Menteri menjelaskan setakat ini belum ada keperluan untuk beliau melakukan sebarang rombakan Kabinet.

Seperti yang diumumkan semalam, Tan Sri William Mawan ak Ikom bersama dengan 10 Ahli Parlimen dan ADUN mengadakan perjumpaan dengan Adenan bagi membincangkan hala tuju politik mereka dengan menyertai TERAS.

Dengan tidak membelakangkan BN sebagai parti terulung di Sarawak, Mawan menjelaskan parti TERAS akan terus menyokong kepimpinan Adenan sebagai Ketua Menteri dan Pengerusi BN Sarawak.

Sebagai ketua dan berpengalaman dalam politik, Mawan tanpa segan silu meminta pandangan Adenan berhubung hala tuju TERAS sebagai sebuah parti baru khususnya dalam menyatupadukan rakyat Sarawak.


Tanpa berselindung, dalam masa terdekat ini Mawan selaku pengasas dan mengetuai kumpulan itu akan mengemukakan permohonan rasmi mereka menyertai BN Sarawak.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
May 26, 2014 at 5:05 PM

Semoga TERAS mendukung dan melaksanakan semua usaha pembangunan untuk rakyat Sarawak, dan semoga BN Sarawak dukunglah usaha mereka ni. Kadang2 perubahan itu perlu untuk mengubati luka lama dan membersihkan dendam dalam politik kita.

(YB Rosey was my principal in SM Sains Miri) :D

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger