YB CHONG CHIENG JEN PERLU FAHAM BAHASA MALAYSIA TERLEBIH DAHULU



Minggu lepas heboh pasal kenyataan YB Datuk Wan Junaidi, Timbalan Menteri Dalam Negeri dalam beberapa isu sehingga timbul saranan menyuruh beliau meletak jawatan.

Antara isu yang cuba diputarbelitkan pemimpin pembangkang dari DAP ialah berkenaan isu rogol.

Pada sidang Parlimen bertarikh Mac 19hb, Datuk Wan Junaidi telah membentangkan angka rogol bawah umur dengan memetik dari kenyataan dalam Parlimen adalah berikut :


Angka yang ditunjukkan pada tahun 2012 menunjukkan ada 1,243 kes atau 80% yang dilaporkan melibatkan orang Melayu. Cina 73 (5%) dan India 45 (3%) dan lain-lain 12%.

Manakala, angka pada tahun 2013 menggambar jumlah kes rogol yang dicatatkan ialah Melayu (1,147), Cina (62), India (32) dan Lain-lain (183).

Menteri bertanggungjawab telah memberi komen dan penjelasan dengan niat tidak mahu kegiatan rogol ini disalahertikan oleh sesuatu kaum berasaskan laporan yang diterima.

Berasaskan laporan itu juga ada pihak yang kurang sensitif dan menerima kejadian kes rogol itu dengan tidak membuat laporan hingga memperlihatkan angka itu rendah.


Berdasarkan komen itu lalu Chong Chieng Jen dari DAP telah membuat kesimpulan salah berasaskan kepada pandangan beliau sendiri tanpa merujuk kepada asas angka dan komen yang dibentangkan Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Oleh yang demikian, mari kita baca betul-betul jawapan Setiausaha Politik Timbalan Menteri KDN, Dato' Wan Hamzah berkaitan kenyataan YB Chong Chieng Jen:


Saya ingin menegaskan di sini bahawa sewaktu menjawab soalan, YB Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh, YB Setiu di Parlimen pada 18 Mac yang lepas, YB Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar tidak pernah menyebut dalam jawapan beliau bahawa golongan bukan melayu tidak sensitif ataupun menerima aktiviti-aktiviti seks gadis bawah umur dalam masyarakat mereka.

YB Datuk Wan Junaidi tidak pernah menyebut ayat-ayat tersebut dalam jawapan beliau. Semua ayat tersebut ada dalam ulasan kata-kata YB Chong Chieng Jen (YB DAP Bandar Kuching) sewaktu  mengulas jawapan YB Datuk Wan Junaidi. YB Chong menyatakan apa yang beliau faham dari jawapan yang diberikan oleh YB Datuk Wan Junaidi tetapi kata-kata tersebut bukanlah kata-kata dari YB Datuk Wan Junaidi sendiri.

Malangnya beberapa pihak portal news dalam alam maya dan sebahagian pengguna facebook telah merujuk kata-kata YB Chong ini sebagai perkataan asal Datuk Wan Junaidi.

Untuk mendapatkan kebenaran perkara ini saya ingin merujuk semula jawapan YB Datuk Dr. Wan Junaidi seperti yang terdapat dalam Hansard parlimen Malaysia bertarikh 18 & 19 Mac 2014 (dikepilkan hansard tersebut).



Seperti biasa kenyataan Chong Chieng Jen yang sensasi itu segera dimainkan portal pembangkang hingga menyebabkan berlakunya pemahaman yang salah akibat daripada tafsiran fitnah Ahli Parlimen Bandar Kuching.

Malah, kenyataan yang telah disalahtafsirkan itu telah dijadikan modal PKR Sarawak dalam berkempen di PRK Balingian khususnya di kawasan Bumiputera namun tidak mendapat sambutan ekoran sikap pengundi Balingian yang rasional bahawa pembangkang hanya memutarbelitkan fakta.


Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
April 9, 2014 at 12:15 PM

SECARA JUJUR, CUBA TANYA CHONG CHEING SOALAN BERIKUT:-

BENARKAH MUDA MUDI KAUM CINA (YANG BUKAN ISLAM) BERKAWAN DULU HINGGA KE "KATIL". BILA DAH "BERTUNAS" BARU MEREKA "KAHWIN".APAKAH INI BUDAYA MEREKA? KALAU BENAR, TAK PERLULAH PERSOAL "KENYATAAN YANG BUKAN DIBUAT OLEH YB TIM. MENTERI DALAM NEGERI". MENYEBUK JE !

Anonymous
April 9, 2014 at 5:00 PM

CHONG Perogol bahasa yang perlu dimasukkan kedalam statistik tangkapan hasutan perkauman...ahai...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger