WAN AZIZAH INSURAN KEPADA ANWAR IBRAHIM DALAM PEMILIHAN PKR 2014?


Tindakan Anwar Ibrahim mahu melawan Wan Azizah bagi kerusi Presiden PKR bukanlah bertujuan untuk jawatan itu sebaliknya sebagai alasan untuk menyalahkan kerajaan jika Pendaftar Pertubuhan (ROS) menolak pencalonannya atau tidak mengiktiraf keputusan pemilihan, sekiranya dia menang.

Tindakan itu sekali gus menyaksikan PKR hanyalah sebuah parti untuk dijadikan eksperimen dan bukan parti untuk memperjuangkan nasib rakyat.

Bekas Bendahari Agung PKR, Abdul Rahman Othman berkata, tindakan itu sudah dijangkakan dari awal lagi apabila Anwar mengumumkan mahu mencabar penyandang jawatan, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga isterinya.

Taktik itu menyamai kejadian dalam pemilihan PKR di Seremban, Negeri Sembilan pada 2007 apabila parti itu bermesyuarat pada saat akhir untuk mengkaji apa kesan sekiranya Anwar menjadi Presiden.

Kesimpulan orang ramai bahawa Anwar mengamalkan nepotisme dalam PKR apabila dia bertanding jawatan Presiden adalah tidak tepat sebaliknya Wan Azizah hanyalah insurans kepada Anwar jika berlaku apa-apa kepadanya.

Abdul Rahman mengulas pertembungan Anwar dan Wan Azizah dalam perebutan jawatan Presiden parti itu dalam Pemilihan PKR yang bermula 25 April sehingga 11 Mei ini.

Pada pemilihan kali ini, Anwar dilihat mahu mengulangi perkara sama meskipun beliau mengetahui risiko akan ditolak pencalonannya oleh ROS sebagaimana tujuh tahun lepas.

Jika sangkaan ini benar dengan ROS menolak pencalonan Anwar maka tidak menolak PKR akan mengheret penyokong mereka untuk mengadakan demonstrasi jalanan sekiranya ROS menolak pencalonan Anwar atau mengisytiharkan kemenangannya sebagai tidak sah.

Penyokong akan beranggapan Anwar dianiaya dan dinafikan hak untuk bertanding

Mengikut Seksyen 9A (1) (b) Akta Pertubuhan 1966, seseorang tidak boleh menjadi atau kekal memegang jawatan dalam pertubuhan yang berdaftar jika disabitkan atas apa-apa kesalahan dan didenda tidak kurang daripada RM2,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun.


Sementara itu, Fasa 7.1.4 Perlembagaan PKR menyebut tanpa menghiraukan peruntukan lain, seseorang ahli tidak boleh dicalonkan atau bertanding untuk memegang sebarang jawatan (jika telah dipilih atau terlantik maka dengan serta-merta terlucut dengan sendirinya) jika dia dilarang oleh undang-undang dari memegang jawatan di dalam pertubuhan atau dia dikenakan tindakan disiplin yang melarangnya memegang jawatan.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger