Wednesday, April 23, 2014


Apalah nasib badan apabila Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli buat kali kedua tidak dibenarkan memasuki Sarawak atas sebab yang sama.

Lantas, Timbalan Ketua AMK Sarawak, Zulhaidah Suboh mengutuk pengusiran rakan mereka daripada Semenanjung itu memasuki Sarawak.

"Adenan Satem cuma bertindak sebagai boneka Taib Mahmud, tradisi menghalang pemimpin Pakatan Pembangkang masuk ke Sarawak bermula dari zaman pemerintahan Taib.

Sebelum ini beberapa pemimpin Pakatan disekat termasuk Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution, Naib Presiden, Tian Chua, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.

Rafizi dalam laporan media sebelum ini menyatakan, pengusirannya memasuki Sarawak bertujuan menghalangnya daripada membantu PKR Sarawak dalam menghadapi pilihan raya negeri itu.

Ini kerana PKR Sarawak tidak dapat berdiri sendiri seperti mana rakan mereka DAP Sarawak yang kini dilihat lebih ke hadapan berbanding PKR dan PAS.

Jika dalam apa juga keadaan termasuk menjayakan ceramah, PKR Sarawak terpaksa menumpang populariti pemimpin PKR Pusat, jika tidak tiada siapa pun akan hadir ke ceramah mereka.

Tambah Zulhaidah, tindakan itu merupakan satu bentuk pencabulan kepada hak rakyat Sarawak mendapat maklumat untuk memilih pemimpin yang paling layak bagi menerajui kepimpinan negeri Bumi Kenyalang itu.

Selama ini PKR banyak mengharapkan bantuan dan latihan daripada PKR Pusat dan mereka ternyata lemah kerana tidak mampu berdiri sendiri apatah lagi menyaingi DAP Sarawak.


Mereka (PKR) hanya mengharapkan datangnya pemimpin PKR Pusat seperti Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Nurul Izzah, Zuraida Kamaruddin, Tian Chua, Rafizi Ramli mahupun Saifuddin Nasution. Jika tidak kerana  mereka orang Sarawak tidak akan hadir ke ceramah mereka yang dilihat membosankan dan lebih banyak pembohongan daripada kebenaran.

1 comment:

  1. PKR Sarawak tak ada duit nak bergerak.Sarawak luas.Maka mereka menanti ihsan Rafizi yg mungkin ada bawa duit.Ini hakikat.Tanpa duit tiadalah aktiviti parti.Parti tak boleh dgn air liur semata2.Lihat saja cawangan2 PKR di ulu Rejang.Cawangannya di bandar Kapit dah tak aktif,hidup segan hampir mati agaknya.SWP dah meletakkan calon di Pelagus.PKR akan menangis tanpa air mata.Tanpa duit mana boleh bergerak parti.Pengerusi dah hilang,Setiausaha pula entah kemana.No news from PKR.Maka tak hairanlah Zulhaidah Suboh meroyan menuduh KM Sarawak tak adil.

    ReplyDelete

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!