TIADA RESPON SEBABKAN DEBAT TIMBALAN PRESIDEN PKR DIBATALKAN


Jika sebelum ini PKR dianggap hero dalam perdebatan apabila kerap mengajak pemimpin BN berdebat dalam pelbagai isu politik sebelum PRU-13 lepas.

Malah, akhbar Sinar Harian yang banyak memihak kepada PKR juga dilihat tiada idea untuk melaksanakan debat antara pemimpin PKR menjelang Pemilihan PKR 2014.

Pemilihan PKR 2014 kali ini dianggap menarik apabila jawatan Presiden menyaksikan pertandingan suami melawan isteri manakala bagi jawatan Timbalan Presiden PKR diperlihatkan saingan 4 penjuru selepas dua orang calon pengecut, Tian Chua dan S. Murali menarik diri atas faktor keutuhan parti.

Dengan keunikan Pemilihan PKR 2014 khususnya bagi jawatan Timbalan Presiden PKR, Posto dan Radio Bangsar Utama telah bercadang mengadakan debat antara calon-calon yang bertanding dengan tajuk ' Wacana Timbal Timbalan Presiden PKR’.

Begitupun cadangan debat itu terpaksa dibatalkan ekoran tiada respon dan sambutan daripada calon-calon yang bertanding seolah-olah tidak mempunyai minat.

Hanya Saifuddin Nasution saja yang berani menjawab manakala yang tiga lain diam membisu tanpa sebarang jawapan dan menyebabkan penganjur terpaksa membatalkan debat itu yang dijadualkan diadakan pada Ahad lepas bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor.
Menurut penganjur acara itu, matlamatnya adalah untuk membuka peluang kepada mereka yang kini merebut jawatan nombor dua dalam PKR itu untuk "menjelaskan visi dan misi mereka " sekiranya dipilih.

“Program ini kami rancang untuk meraikan demokrasi dan politik telus. Ia adalah salah satu cara promosi paling cepat dan meluas kerana program ini akan ke udara secara langsung yang dibawakan oleh Radio Bangsar Utama,” jelas Mohd Affandi Ramli mewakili penganjur.

Pertandingan untuk jawatan Timbalan Presiden PKR sekarang melibatkan tiga pesaing 'heavyweight' iaitu penyandang, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution. Selain itu ialah Datuk K. Ramachandram.

Pihak penganjur debat itu berkata, sejak Sabtu lalu, mereka telah menghubungi kesemua calon menerusi Facebook serta pembantu dan pegawai khas mereka.

Pemilihan PKR ini menyaksikan persaingan di antara ahli-ahli kanan parti tersebut merebut jawatan Presiden, Timbalan Presiden, empat jawatan Naib Presiden dan 20 kerusi Jawatankuasa Pusat.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger