TERKINI #MH370: ISYARAT TERBARU DARI KAPAL PERONDA CHINA HAIXUN 01 DI LAUTAN HINDI


Memasuki sebulan kehilangan pesawat Malaysia Airline System (MAS) MH370, kini memasui fasa baharu dengan menyelam bagi mencari frekuensi bunyi yang ditinggalkan pesawat MH370 di dasar Lautan Hindi.

Terbaru, Kapal peronda China, Haixun 01, yang menyertai misi pencarian pesawat  MAS penerbangan MH370 mengesan isyarat detik di perairan selatan Lautan Hindi pada Sabtu.

Agensi berita China, Xinhua, dalam berita dalam taliam, xinhua.com, menyatakan kapal itu mengesan isyarat detik pada frekuensi 37.5 kilohertz (kHz) sesaat.

"Alat pengesan kotak hitam yang digunakan oleh Haixun 01 mengesan isyarat detik itu kira-kira 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longtitud timur.

"Tetapi belum dapat dipastikan sama ada ia berkaitan pesawat yang hilang," kata Xinhua dalam laporan dua perenggan itu.

Xinhua juga melaporkan anak kapal pesawat Ilyushin IL-76 milik Tentera Udara China mengesan beberapa objek berwarna putih terapung di selatan Lautan Hindi.

Pesawat itu merakam gambar objek berkenaan dalam tempoh 20 minit selepas mengesannya pada 11.05 waktu tempatan.

"Penemuan itu telah dilaporkan kepada Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) yang menyelaraskan operasi pencarian selepas pesawat kembali ke Perth pada 14.20 waktu tempatan," menurut Xinhua.

Laporan itu menyebut Ilyushin berlepas jam 06.04 waktu tempatan pada Sabtu dan tiba di kawasan pencarian kira-kira 2,700 km dari pantai Perth pada 09.55 pagi waktu tempatan.


Pada 24 Mac, sebuah pesawat China mengesan objek di Selatan Lautan Hindi. Bagaimanapun, ia didapati tidak berkaitan dengan MH370 yang hilang.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger