Wednesday, April 30, 2014


Isu kekecohan Pemilihan PKR kembali lagi seolah-olah tiada penyelesaian dan kali ini situasinya sangat panas lagi mendebarkan.

Kali ini tiada adegan peti undi bertaburan dan adegan baling kerusi, tetapi yang menariknya kali ini muncul ‘pengundi hantu’ dan tempat pengundian yang menarik diadakan di rumah dan bilik hotel murah.

Terpalit dengan keadaan ini, Pengerusi SAMM Malaysia yang juga pemimpin PKR yang lantang, Chegu'Bard tampil memberikan komen menerusi surat sebaik sahaja berasakan beliau perlu bersuara dengan demokrasi PKR yang kini dilihat hancur lebur.

Siapa punca kekecohan pemilihan?

1. Pertama sekali ditegaskan semua tindakan saya dalam mengikuti Pemilihan PKR 2014 ini ialah saya selaku anggota PKR dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana organisasi lain yang saya sertai.

Dengan ini tajuk berita dalam Berita Harian pada 28 April 2014 'SAMM Desak Batal Pencalonan Azmin' adalah tidak tepat kerana desakan itu dibuat oleh saya selaku anggota PKR dan tidak ada kena mengena dengan SAMM.

2. Pemilihan kali ini mengimbau kembali Pemilihan PKR 2010 yang penuh dengan pelbagai kontroversi manipulasi dan penipuan.

Antara yang setakat ini berjaya dirakam ialah:

Lihat saja pola kehadiran pengundian Sarawak;

Sibu 58,
Konawit 54,
Santubong 23,
Hulu Rejang 42,
Mukah 10,
Kota Samarahan 29,
Lawas (tiba-tiba mengundi awal sehari) 195, dan
Saratok 516

Sangat pelik.. tetapi bila terbongkar di Batang Sadong bagaimana pengawas tanda kertas sendiri baru tahu bagaimana pengundi datang tak seramai mana tetapi kertas undi bertanda banyak...

Ini mengingatkan bagaimana tahun lepas lebih seribu kertas undi muncul sejauh pendalaman Batu Sapi

Pengawas tanpa segan silu berkempen termasuk membawa kertas 'chai' pro Azmin sehingga ke dalam tempat mengundi dan mengambil dari tangan pengundi kertas chai lain lalu ditukar ke kertas chai pro Azmin.

Malah di Tangkak ketika taklimat Pengawas sukarelawan dari Cabang di Tangkak, Pegawai JPP dari Selangor yang dikenali sebagai Lau tanpa segan silu memfitnah calon lawan Azmin Ali dan memuji Azmin Ali.

Malah menegaskan semua harus berusaha memenangkan Azmin Ali.

Malah punya bukti bukan pengawas biasa tetapi Koordinator (Ketua Pengawas) di peringkat Negeri turut terlibat secara agresif berkempen untuk Azmin Ali.

Kes kekecohan sehingga mengakibatkan insiden pukul berlaku di Petra Jaya juga melibatkan penyokong pro Azmin Ali. (belum ada laporan penuh)

Penyalah gunaan pengawas JPP bukan sahaja di hari pengundian sahaja. Ia berlaku seawal pencalonan.

Pelbagai aduan diketepikan begitu sahaja. Antaranya ialah Pencalonan Wanita Cabang Jasin. Sah sehingga borang pencalonan ditutup dan pengumuman rasmi dibuat tidak ada nama dihantar untuk pencalonan Cabang Jasin tetapi tiba-tiba beberapa hari selepas itu makluman bertulis menyatakan Cabang Jasin ada calon Ketua Wanita.  (berlaku di banyak tempat lain)

Tempat pengundian juga tidak sesuai tetapi bila bantahan dibuat semua tidak di peduli. Contohnya di Cabang Miri, bayangkan pengundian dibuat di ruang atas yang sempit di klinik milik salah seorang calon Ketua Cabang Pro Azmin Ali. (berlaku di banyak tempat lain)

Ada pengawas yang tidak mahu bersengkol dengan penipuan. Dia bersikap tegas ...namun dia dihubungi oleh seorang calon jawatan utama parti peringkat pusat dan dimarahi. Tidak cukup dengan itu dia turut dimarahi oleh salah seorang jawatankuasa JPP

Notis pengundian seluruh negara bermula pada Sabtu dan Ahad lepas tetapi secara tiba-tiba saat akhir JPP kononnya memutuskan Lawas mengundi sehari sebelum (Jumaat) dan Azmin dapat jumlah undi besar ... apa muslihatnya? selain dinyatakan ada puluhan lagi contoh penipuan berlaku.

3. Menjawab fitnah tindakan saya dan ramai anggota parti dalam mendedahkan penipuan memalukan parti ia adalah tuduhan dangkal yang sahih memalukan parti ialah penipu yang menipu , bukan setakat memalukan tetapi membunuh demokrasi dalam parti dan menghancurkan parti.

4. Persoalannya sekarang ini ialah adakah semua aduan yang mula dihantar sejak hari pertama pengundian akan membawa kesan apa bila semua rayuan atau aduan akan diproses oleh Jawatankuasa yang di pengerusi oleh Kamarul Bahrain, Pengerusi MPN Negeri Sembilan yang meletakkan jawatan kerana merajuk dengan Ketua Umum (menurut beliau sendiri). Watak ini jugalah yang keluar media elektronik melanjutkan 'nada' Azmin Ali mendesak Menteri Besar Selangor meletakkan jawatan. ???

5. Taktik penipuan amat licik sekali. Kita marah dengan SPR tetapi dalam parti sendiri perkara sebegini berlaku. JPP pula mula mencari alasan iaitu memperakui kononnya berlaku 'blackout' menyebabkan peti undi dilarikan dan dibuka dalam bilik yang tertutup dan hanya dibuka selepas 10 minit bilik diketuk. Kertas undi didapati bertambah dan kebanyakan yang ditambah ialah undi Azmin Ali.

6. Menurut sumber JPP mungkin hanya akan memutuskan Azrai seorang petugas pengawas JPP akan diambil tindakan. Persoalannya Azrai bertindak atas arahan siapa dan siapa memperoleh keuntungan dengan penipuan itu? Mengambil tindakan terhadap Azrai semata, samalah dengan menahan dan membicarakan Azilah dan Sirul kerana membunuh Altantuya tetapi mengetepikan siapa yang mengarahkan pembunuhan Altantuya itu ?

7. Saya selaku anggota biasa PKR dengan ini mendesak satu tindakan serius segera sebelum proses pengundian diteruskan Sabtu dan Ahad ini. Jika tidak tangguhkan saja dan rombak JPP segera. Satu demonstrasi aman mendesak pembersihan dalam proses pemilihan akan dibuat atas inisiatif anggota parti yang sayangkan demokrasi dalam parti ini pada 30 April 2014, 3 petang di depan Ibu Pejabat PKR. Semua anggota parti dijemput hadir.

8. Dalam keadaan regim sedang menzalimi rakyat. Dalam keadaan regim sedang dalam usaha akhir memenjarakan Ketua Umum ....kesal ada pihak yang sudahlah tak henti-henti sengaja membiarkan penyokongnya untuk cuba menonjolkan imej dia lebih layak menjadi Presiden, memfitnah Ketua Umum dan Keluarga dan kini sanggup meneruskan kegiatan jahat penipuan dalam Pemilihan PKR 2014. Adakah ini dendam kesumat dia kerana mengikutnya Ketua Umum tidak tunai janji untuk dia jadi Menteri Besar Selangor ?

Sekian

Che'GuBard

Anggota Biasa PKR

5 comments:

  1. Parti PKR semakin matang. Yang penipu akan terdedah. Bagus untuk sebelum pru nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. matang?? kah kah kah kiokk!!
      PGayR parti kencing rakyat.. parti kroni nombor satu di dunia! kah kah kah kiokk!!

      Delete
  2. Matang kepala batang hang....

    ReplyDelete
  3. itulah orang cakap tak percaya, tak ada parti dalam dunia ni betul semua, yang penting pengikut parti tu sendiri, ada otak fikir, diantara yang tidak baik itu mana lebih baik, apa sebabnya, sebagai orang islam kita diberi hidayah kenapa nak putar belit, lu fikirlah sendiri berbaloi ke?

    ReplyDelete
  4. Bagus anon 12.48. Anda dah sedar tiada parti yang betul semuanya. Mari kita sedarkan apa langkah rakyat seterusnya.

    Ini salah satu cara paling simple. Pertama senaraikan arah tuju sesuatu parti. Kedua senaraikan nama pemimpin yang berkaliber. Ketiga senaraikan gaya hidup dan harta kekayaan masing2 keluarga dan kroni.

    Check kekayaan masing2 tu sama tak dengan hala tuju parti masing2.

    *Nota:Check peringkat negeri je dah cukup. Nak check peringkat negara tak adil sebab Pakatan tak pernah diberi peluang.Tapi kalau peringkat negeripun dah boleh beza peringkat negara nanti pun sama ler tu. Klau tak,... jap je Pakatan memerintah...

    Then pilih parti yang sesuai.

    ReplyDelete

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!