SAIFUDDIN NASUTION HILANG KELAYAKAN BERTANDING JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN PKR?


Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP) 2014, Datuk Johari Abdul sebelum ini pernah mengingatkan calon-calon yang bertanding agar mematuhi syarat pertandingan pemilihan bagi mengelak sebarang kontroversi.

Setiap calon mesti menuruti 7 garis panduan antaranya menegaskan ‘apa-apa kenyataan, ucapan atau bahan kempen semasa pemilihan parti hendaklah berasaskan rekod kerja calon, pencapaiannya dan perancangannya untuk parti. Ucapan keji, fitnah, caci dan menghina dilarang sama sekali’.

Sekiranya mana-mana pihak mendapati terdapat calon yang melanggar peraturan ini, mereka perlu membuat satu laporan dan kemukakan bukti dalam bentuk hitam putih.

Tidak sampai 24 jam garis panduan itu diumumkan, calon Timbalan Presiden PKR, Saifuddin Nasution yang juga Setiausaha PKR telah dikatakan melanggar etika berkempen dan berdepan kehilangan kelayakan untuk bertanding.

Ini susulan daripada kenyataannya dalam wawancara bersama sebuah akhbar tempatan 11 April lalu yang mengkritik dua calon lain yang turut merebut jawatan kedua tertinggi PKR itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Azmin Ali.

Saifuddin dilaporkan melabel Khalid sebagai individu yang tahu segalanya (know it all) terutamanya dalam isu air. Azmin pula dikatakannya tidak suka bertukar pandangan, idea ataupun berdebat.

Sehingga kini Pengerusi JPP masih belum mengulas pertuduhan itu yang dilihat sebagai cubaan untuk memberikan imej yang tidak baik kepada dua lagi calon jawatan Timbalan Presiden PKR, iaitu penyandangnya Azmin Ali dan Menteri besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim.

Bagi ahli-ahli PKR, mereka melihat JPP ini perlu bertegas dalam setiap keadaan dan bukan hanya memihak kepada pemimpin tertentu hanya disebabkan mereka ini ‘kawan’.

Jika undang-undang telah diwartakan, seharusnya setiap orang termasuk mereka yang membuat undang-undang itu harus mematuhinya kerana tujuan undang-undang itu digubal adalah untuk menjaga keselamatan.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger