PERMAINAN DALAMAN PKR SEMAKIN MELUAT




Pemilihan PKR 2014 kali ini memperlihatkan siapa kawan dan siapa lawan tatkala diperlihatkan percaturan tersusun yang dilakukan oleh anak beranak Anwar Ibrahim.

Bermula dengan permusuhan Pengerusi PKR Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dengan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim sehingga membawa kepada pertandingan mereka dalam merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

Azmin ketika ditanya wartawan berhubung pandangannya terhadap pesaing Abdul Khalid Ibrahim, beliau sekadar menjawab itu soalan yang sukar dijawab dan pastinya jawapannya nanti akan melukakan banyak pihak.

Secara terang Azmin mengatakan beliau mengakui pernah mengkritik Abdul Khalid demi kepentingan rakyat terutama dalam isu kenaikan gaji dan elaun Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.

Jika Azmin mengatakan beliau selesa bekerja secara bersama dengan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah selama ini, ternyata itu hanya cakap politik sahaja.

Ini kerana anak kepada Anwar dan Wan Azizah, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR tidak selesa bekerja bersama dengan Azmin sehingga mereka menubuhkan ‘pakatan’ Nurul Izzah, Saifuddin Nasution dan Rafizi Ramli bagi menjatuhkan Azmin Ali.


Azmin kali bukan sahaja ditentang musuhnya Abdul Khalid Ibrahim tetapi juga Saifudin Nasution yang bergandingan dengan Nurul Izzah dan Rafizi dalam menyaingi Azmin bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
April 14, 2014 at 9:46 AM

Jangan meluat. Rakyat Sarawak perlu tahu PKR masih muda dan perlu dikawal sebaik2nya. Masih ada sifat2 umano yang tamak dan suka buat fitnah dalam parti itu. Buktinya berapa ramai dah tertendang keluar. Dalam Pas, DAP pun ada juga.

Tapi kalau dibandingkan masalah parti dlm Pakatan dengan barisan, teramat jauh beza macam bumi dengan bintang.

Apapun berlaku hanyalah strategi politik masing2. Jika ada penipuan mereka tidak hidup lama dan akan mendapat balasan di akhir sana.

Yang penting kita mesti bersama Pakatan Rakyat menghumbankan barisan yang jauh lebih teruk dan menjijikkan.

Anonymous
April 14, 2014 at 4:19 PM

Ayuh anak Sarawak. Bangun belajar politik baru. Jangan jadi pak turut mengkayakan kroni. Negara ini akan lebih maju jika rakyatnya pandai berfikir.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger